OLEH: Taufiq Tuah
Konflik terbesar Muktazilah dengan Islam ialah, Muktazilah mendahulukan akal berbanding nas. Mereka menterjemahkan Al-Quran dengan akal semata-mata.Kononnya dengan ini, mereka ialah golongan yg rasional.
Mereka juga mengatakan bahawa Al-Quran merupakan makhluk Allah SWT. Berbeza dengan Islam yg mengiktiraf Al-Quran sebagai kalam Allah.
Perdebatan ini membawa kepada pertembungan besar di antara Ulama dan Umara' pd zaman Khalifah. Apabila pemerintah memeluk aliran Muktazilah, maka ulama bangkit dengan penjelasan yg hak.
Antara yg bangkit menentang penyelewengan Muktazilah ialah, Imam Ahmad Bin Hanbal. Masih menegakkan bahawa Al Quran merupaka kalam Allah dan bukannya makhluk.
Dini hari, Muktazilah yg dahulu sudah tiada lagi. Namun mungkin ada berberapa pandangan individu yg mirip dgn muktazilah.
Oleh itu, kembali lah kpd Al-Quran dan Sunnah.
Wallahualam
Lagi tentang Muktazilah:
*Ciri-Ciri Muktazilah: https://www.youtube.com/watch?v=vJ3EEAUmJIQ
*Mu’tazilah, Kelompok Sesat Pemuja Akal: http://asysyariah.com/sejarah-munculnya-mu%E2%80%99tazilah/
*Neo Mutazilah: https://almanhaj.or.id/174-hizbut-tahrir-neo-mutazilah.html
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment