Kesesatan Ketika Cuba Mengenal Allah??

OLEH: Taufiq Tuah

Mungkin ramai di antara kita yang biasa mendengar perkataan seperti ilmu toriqah, ilmu haqiqah dan ilmu makrifat. Kesemua itu ialah tingkatan-tingkatan dalam cuba mengenal Allah SWT. Artikel ini ingin menghurai apakah benar kaedah-kaedah ini?

Islam menjadikan AlQuran dan Sunnah Sahih sebagai dalil dalam agama. Segala apa yg tidak ada di dalam AlQuran dan Sunnah, tidak layak dijadikan inti dalam Islam.

1. ILMU TORIQAH / TAREKAT
Ini ialah ilmu dimana mereka cuba mula mendekatkan diri kepada Allah dengan pembetukan akhlak. Mereka berwirid dengan wirid-wirid yang diketuai oleh ketua mereka. Namun tidak semua tarekat itu bagus.

Kebanyakan daripada mereka ialah sesat dan tidak menepati kehendak Islam. Kadang kala wirid yang mereka laungkan ialah wirid ciptaan dan bukan wirid daripada Rasulullah SAW. Mereka juga memendekkan zikir dengan hanya menyebut "Hu hu hu hu" sebagai wirid. Ini semua ialah ajaran menyimpang dari Islam.

 Malah ada tarekat yg mengatakan tidak wajib untuk solat jika belum kenal Allah. Ini semua ialah ajaran yang jauh daripada hidayah Allah SWT. Bagi mereka,  kita hanya mengenal Allah setelah sampai taraf makrifat.



2. ILMU HAQIQAH / HAKIKAT
Di mana mereka membentuk niat yang baik. Keadilan, kebenaran dan kejujuran. Mulai mengetahui apakah ibadah yang mereka kerjakan. Seperti Solat untuk mencegah kemungkaran dan sebagainya. Namun dalam pembersihan hati ini, muncul juga ajaran yang mengatakan mereka tidak terikat dengan syariat. Lalu mereka mulai ada syariat baru. Sedangkan Syariat Islam hanyalah satu iaitu yg diajar Rasulullah SAW.

Ada juga yang mendakwa telah membersihkan hatinya sehingga lah tahap Allah telah bersatu dengan badan mereka dan mula lah slogan " Ana Allah wa Allah Ana". Ini semua ialah khurafat yg hadir di dalam pentas aliran ini.


3. MAKRIFAT
Kononnya mereka telah mengenal Allah. Lalu mereka mengikhlaskan diri mereka sehinggakan mereka beribadat dengan hatinya berkata "Aku beribadat ni bukan sebab mahukan pahala.. tapi kerana Allah".

Slogan tersebut membuktikan bahawa mereka gagal mendefinisikan 'lillahitaala' dengan betul. Setiap hamba sepatutnya mengharapkan pahala dan ganjaran daripada Allah dan juga takut dengan balasan dosa daripada Allah SWT. Begitulah tauhid yang kita titipkan ketika memahami makna Khauf dan Rajak.

Mereka yang mempunyai makrifat pula kemudian merahsiakan apakah yang mereka kenali kononnya hanya orang tertentu sahaja yang boleh tahu makrifat. Kemudian mereka tidak terikat dengab syariat awam dan ada syariat khasnya tersendiri.


DARIPADA pemikiran 'cuba' mengenal tuhan ini, ramai yang akhirnya menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW. Bagaimana boleh ada syariat lain selain daripada syariat Rasulullah SAW? Bagaimana pula Allah boleh bersatu dengan tubuhnya?

Mereka tiada dalil dan hujah yang sahih bagi membenarkan dakwaan mereka kecuali, "Allah maha kuasa.. semuanya mungkin". Akhirnya asma Allah itu disalah guna oleh mulut-mulut tidak bertanggungjawab.

Kemudian muncul zikir-zikir baharu yang tidak pernah diajar Rasulullah ataupun para sahabat. Juga tidak pernah ditulis oleh ulama muktabar 4 Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka berzikir dengan zikir rekaan sambil menari, mengangguk dan melambai. Ini semua ialah perbuatan yang tidak pernah ada contohnya dalam Islam.

Setelah tidak perlu mengikut syariat nabi, mereka berada di syariat palsu rekaan sendiri. Kemudian muncul lah ajaran yang mana menunaikan haji di Yogjakarta sama seperti di Kaabah. Berdoa di makam wali ialah mustajab. Ini semua ialah dakwaan merosakkan agama.

JALAN YANG BENAR,
kita mengenali Allah SWT  sepertimana di dalam Surah Al-Ikhlas. Tuhan itu Maha Esa. Tuhan itu tidak beranak dan tidak diperanakkan. Hanya kepada Allah sahaja lah yang kita berserah. Tiada sekutu bagiNya.

Cukup keimanan kita mengatakan "Allah tuhan ku", kemudian memahami asma dan sifat Allah SWT, maka itulah sebenarnya 'mengenal' Allah selayaknya kita. Allah ialah tuhan kepada Nabi Muhammad, juga tuhan kepada Nabi Musa dan Harun. Juga tuhan kepada Nabi Isa. Juga tuhan seluruh alam. Setelah kita bersaksi tiada tuhan selain Allah, sudah cukup syarat untuk kita menunaikan solat.

Solat kerana memperhambakan diri kepada Allah, membuktikan bahawa kita kenali Allah Maha Pencipta. Kita tidak boleh memberi alasan tidak solat kerana "Aku belum kenal Allah sebetulnya".

Adakah syarat untuk kita beribadah ialah mengenal Allah sebagaimana kita mengenal keluarga kita? Tidak. Maka cukuplah dengan mengakui ketuhanan Allah, dan wajib keatas kita untuk solat.

Mentauhidkan Allah ialah perkara asas dalam Islam. Haram bagi kita mensyirikkannya.

Bagi mereka yang telah terlanjur mengikuti ajaran sesat seperti diatas, sesungguhnya Allah maha menerima taubat. Bagi yang berniat ingin melakukannya, patahkan lah niat itu. Semoga sentiasa di dalam hidaya Allah. Semoga kita sama-sama memperkukuhkan akidah kita dan perangilah para parasit dalam akidah ini. Wallahualam.

___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments

  1. Assalamualaikum saya ingin bertanya saya tidak ada belajar apa² ilmu makrifat tapi tapi amat berminat dengan bacaan ilmiah....kalau kita tak kenal Allah jadi siapa yang kita sembah??solat kalau tak tahu apa inti disebaliknya tidakkah ia hanya berdiri,duduk dan cium lantai???...ilmu syariat memang tak boleh ditinggalkan tapi ilmu makrifat tidak boleh ditinggalkan kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Cukup mengetahui bahawa Allah ialah tuhan. Itu yang kita telah akui dalam syahadah dn itu sudah cukup. Tidak perlu untuk kononnya nak faham hakikat dan sebagainya kerana hakikat Allah TIDAK AKAN dapat difahami oleh manusia. Sebagaimana manusia juga tidak akan mampu membayangkan zat-Nya. Allah itu bukan sifatnya zahir di mata. Beza Muslim dengan kafir ialah, kita menyembah Allah dalam keadaan tidak melihatNya. Sedang orang kafir inginkan syarat 'nak nampak' dan 'nak kenal' baru nak sembah.. Wallahualam

      Delete

Post a Comment