Kesesatan Wahdatul Wujud / Nur Muhammad

OLEH: Taufiq Tuah

Wahdatul Wujud yg dari segi maknanya bermaksud, "Serba Dia". Hal ini kerana mereka berpandangan bahawa semua yg Allah ciptakan ini dan segala sesuatu adalah sebenarnya Allah SWT.

Oleh kerana keserongan ini, mereka menganggap dan mendakwa bahawa tuhan boleh masuk ke dalam badan manusia dan menjelma di dalam badan manusia. Kononnya mereka mampu 'bersatu dengan tuhan'. Hal ini telahpun melanggar Aqidah Ahli Sunnah secara mutlak apabila Ahli Sunnah menganggap Allah itu tidak ada yg serupa dengan Nya.

Daripada Wahdatul Wujud, muncul pula Wahdatul Syudud yg mana pandangan mereka juga tidak jauh dengan Wahdatul Wujud. Mereka.juga berpandangan bahawa semuanya ialah zat Allah SWT.

Sering kali kita dengari  oleh para 'ahli' agama tentang perkataan 'Nur Muhammad'. Maka apakah 'Nur Muhammad' itu?

Nur Muhammad ialah kononnya, seperti roh Nabi Muhammad atau hakikat Muhammad yang dianggap makhluk yg pertama dijadikan Allah SWT. Semua makhluk selepas itu dijadikan daripada Nur Muhammad tersebut.

Ini lah dia antara pegangan Wahdatul Wujud yg mana pandangan ini amat serong dan tidak berasal daripa Al-Quran dan Sunnah.

Hadis2 yg menceritakan tentang 'Nur Muhammad' kesemuanya adalah hadis palsu semata-mata.

Wahdatul Wujud muncul dalam keadaan aqidah mereka yg bercanggah.  Maka sebagai umat Islam, seharusnya kita berjaga-jaga dengan mereka kerana mereka juga ada di Malaysia dan Indonesia dengan bertopengkan mazhab Imam Syafie R.A. Tokoh idea condong ini di nusantara adalah Syeikh Siti Jenar. Kitab2 nya dikritik hebat oleh 'Walisongo' di Jawa.

Oleh kerana aqidah yg silap ini, maka kita hendaklah menjauhi daripada terpengaruh dengan aqidah mereka.

Wallahualam



Lagi berkenaan Wahdatul Wujud :-

*Keyakinan Wihdatul Wujud, Kesesatan Paling Bahaya; https://www.nahimunkar.com/keyakinan-wihdatul-wujud-kesesatan-paling-bahaya/


___________________________
   Taufiq Tuah
    ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments