Menjawab Dakwaan Evolusi Charles Darwin

OLEH: Taufiq Tuah




Ada laman di facebook yang cuba menaikkan semangat orang Athies dan cuba untuk menafikan kewujudan Nabi Adam A.S dan Hawa. Mereka menggunakan teori evolusi sebagai tiket mengatakan mereka ialah benar. Oleh itu artikel kali ini akan menangkis perkataan mereka itu.

1. Islam mempunyai keimanan yang teguh dengan Al-Quran. Jika ditanya kenapa kami percaya kepada AlQuran, kami katakan kerana itu ialah keimanan. Nikmat yang orang-orang athiest tak mampu memperolehinya. Hidup kami berserah pada tuhan, mengadu pada tuhan dan tahu bahawa tuhan akan membantu segala gerak hidup kami sebagaimana izinNya.

2. Kami tidak menolak teori evolusi secara keseluruhan. Malah kami juga mengiktiraf jika adanya haiwan yang sememangnya berubah-rubah fizikal mereka mengikut kesesuaian. Misalnya, bakteria yang dijelaskan oleh mereka tadi. Semua perubahan ini ialah termasuk di dalam sunatullah.

3. Namun kami menolak jika berlaku evolusi manusia. Kita bincang kan dalam isu manusia, yang para teori evolusi dakwa bermula dengan beruk. Kemudian beruk itu berubah dan berubah menjadi manusia yang mampu berdiri regak. Persoalannya, beruk yang manakah  yang menjadi nenek moyang manusia? Dalam dunia ini beratus spisis beruk, kenapa tidak ada satupun kita dakwa beruk tersebut moyang kita?

Kononnya beruk yang menjadi moyang kita telah pupus. Tapi bagaimana pula pupus? Ke mana spisis beruk lain yang menjadi fasa-fasa perubahan beruk moyang pertama sehingga yang kita manusia jadi sekarang? Kenapa beruk yang lain tidak pun menjadi perubahan sedangkan manusia dahulunya tinggal dalam hutan yang sama dengan beruk. Sepatutnya beruk semuanya turut berevolusi sama kerana meraka melalui peredaran zaman yang di tempat yang sama.



3. Malah ada sahaja haiwan yang tidak berevolusi sedangkan haiwan-haiwan itu ialah haiwan pra-sejarah. Seperti belangkas, buaya dan sekecil nyamuk juga merupakan haiwan yang dipercayai dari zaman dinosour. Kenapa mereka tidak berevolusi? Yang ada perubahan mungkin hanya pada hal kecil seperti bezanya buaya bujang senang dengan buaya kaiman. Sekali pandang tidaklah kita tahu pun bezanya. Ini membuktikan ada haiwan juga yang tidak terikut di dalam sifir charles darwin.

4. Dalam bab kacukan haiwan (hybrid), biasanya digunakan haiwan berbeza spesis untuk dikacuk. Mereka berbeza spesis adalah kerana evolusi sebagaimana sifir Darwin. Maka hybrid akan melibatkan dua haiwan yang mendapatkan anak dengan harapan bakanya akan menjadi kacukan yang hebat. Misalnya Kuda Britain yang dikacukkan dengan Kuda Arab akhirnya membentuk kuda yang mempunyai kehebatan persis Kuda ayah dan kuda ibunya. Hybrid ini boleh dilaksanakan kerana kuda berevolusi daripada moyang yang sama.

Pernah anda dengar tentang manusia dikacukkan dengan monyet? Boleh kah? Sedangkan dari moyang yang sama. Boleh dikatakan monyet itu saudara manusia berlandaskan sifir ini. Sepatutnya mengkacukkan monyet dengan manusia tidak menjadi masalah. Tapi, hal ini tidak berlaku. Menunjukkan bahawa manusia bukanlah asal daripada beruk.

5. Pada tahun bilakah wujudnya manusia sempurna fizikal? Pada tahun apakah adanya beruk mula berevolusi? Ada yang mendakwa pada zaman dinasour lagi. Jika ia berlaku pada zaman dinasour, sepatutnya mereka juga pupus. Hal ini kerana banyaknya letusan gunung berapi, meteor dan bencana alam yang berlaku pada zaman itu akhirnya memupuskan haiwan kebanyakannya. Beruk tidak ada apa-apa kelebihan utama untuk menghadapi onar itu dan logiknya, beruk juga pupus dan manusia sepatutnya tidak wujud mengikut sifir Darwin.

6. Jika evolusi kepada manusia ini wujud, sepatutnya manusia manusia hari ini akan ada kemungkinan berevolusi lagi menjadi satu fizikal yang berbeza. Maka apakah manusia akan jadi selepas ini? Manusia dengan fizikal sempurna wujud sejak zaman Paleolitik. Ada yang kata Mesolitik. Setelah beratus juta tahun, kita jadi manusia seperti sekarang, kenapa tidak generasi hari ini berubah fizikalnya. Manusia di zaman Madyan, di zaman Mesir Purba, zaman Hindi Purba, zaman China Kuno, zaman perang salib, zaman berzaman semuanya ialah manusia dalam fizikal yang sama. Tidak pernah ada tanda-tanda manusia akan berevolusi lagi? 

7. Manusia bukanlah beruk atau saudara beruk. Hal ini kerana ciptaan yang jauh bezanya. Manusia satu ciptaan yang ada padanya perasaan bercampur-baur. Kita boleh gembira tetapi menangis. Kita boleh senyum dalam benci, kita boleh ketawa dalam sinis kita boleh marah dalam sayang. Itu semua hal-hal yang haiwan tidak mampu lakukan. Kita juga ada akal yang membolehkan kita berfikir panjang. Manusia mampu menghafal beratus formula dalam kepala mereka. Berbeza dengan beruk yang perasaan dan akal mereka terbatas.

Wallahualam

___________________________
    Taufiq Tuah
     ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments