OLEH: Taufiq Tuah
Contoh nama yg sgt sinonim untuk dijadikan nama anak adalah seperti 'Safar' , 'Jamadil Akhir' , 'Rejab', 'Ramadhan', 'Syawal' dan Aidil Fitri.
Sebenarnya budaya sedemikian bukan sahaja ada pd nusantara, malah di negara barat juga mempunyai budaya yg sama. Maka wujudlah nama2 mereka seperti 'January', 'April', 'May' dan 'June'.
❓Apakah boleh Islam menggunakan nama bulan sebagai nama anak?
🔴Ibu bapa bebas meletakkan nama kpd anak selagi mana nama tersebut membawa makna yg baik. Juga tidak salah jika ingin menamakan nama anak dgn nama hari seperti mana kebiasaan Melayu yg mempunyai nama 'Senin' (Isnin) atau 'Khamis'.
Ada juga ibu bapa yg gemar memilih nama-nama surah. Maka wujudlah nama-nama seperti 'Yasin' dan 'Taha'. Namun harus diingatkan agar jgn sebarangan memilih nama surah kerana ada berberapa nama surah yg sgt tidak sesuai dijadikan nama anak. Seperti, Surah Al-Jin umpamanya.
Kesimpulan, tidak menjadi isu sempena apa kah kita ambil untuk anak kita. Asalkan ia membawa makna yg baik dan semoga menjadi doa yg bermanfaat. Insyaallah.
Contoh dua orang tokoh yang nama mereka sinonim dengan nama bulan dan nama surah.
Namun dua tokoh di atas bukanlah tokoh salafi. Cuma diletakkan contoh untuk menunjukkan bukti memang wujud orang yang menggunakan nama bulan dan nama surah sebagai nama anak mereka.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
nama anak sy.. Al-Fath
ReplyDelete