OLEH: Taufiq Tuah
Silat ialah ilmu pertahanan diri Nusantara. Ia merupakan ilmu turun temurun tentang seni tempur atau seni pertahanan. Silat juga mempunyai banyak gayanya. Antara yang terkenal ialah Silat Gayong.
Tidak menjadi kesalahan bagi seorang Muslim untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri. Malah, Islam juga perlukan kemahiran tempur terutamanya apabila berhadapan dengan perperangan. Maka terkenal lah tokoh Persis Saidina Umar Al-Khatab R.A dan Khalid Al-Walid yg handal mengadaptasi pedang.
Harus diperingatkan, ilmu pertahanankan diri itu haruslah tidak menyanggahi syarak dan tidak berlanggar dengan akidah.
Adapun sesetengah ritual persilatan (pada sesetengah kumpulan silat) telah pun menyanggahi Islam. Seperti mana anak murid yang perlu menelan ludah gurunya, bertapa di bawah air terjun atau di dalam gua. Apakah mereka berzikir sahaja ketika bertapa tetapi tidak solat?

Juga sesetengah kumpulan silat mengamalkan memakan bunga dan bermandi bunga dengan harapan mendapat kekuatan tertentu ataupun dijauhkan sial. Hal ini juga merupakan tanda-tanda syirik.
Juga tidak lupa pada kumpulan silat yg menggunakan sihir secara terang-terangan. Lebih dikhuatiri apabila mereka menganggap bahawa sihir itu sebagai Karomah.
Maka sesiapa sahaja yg belajar ilmu pertahanan diri, perlulah menjauhi daripada hal2 serong tersebut.
Semoga para pesilat mulai berwaspada jika ada perbuatan syirik dan menyanggahi Islam di dalam ilmu tersebut. Wallahualam
(Bukan semua kumpulan silat mengamalkan amalan syirik dan menyanggahi Islam)
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Ada sebab tertentu dlm sesuatu perkara...
ReplyDelete