Salasilah Keturunan Nabi Muhammad SAW

OLEH: Zulfikar Egar

Salasilah Keturunan Nabi Muhammad S.A.W.

Dari Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya. Nabi kata, sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada kalangan anak-anak Nabi Ismail A.S. Dan telah memilih serta dilantik daripada kuturunannya akan datang iaitu Nabi S.A.W.

Dan daripada keturunan Kinanah ini, Allah telah memilih Quraisy untuk menjadi nenek moyang Nabi S.A.W.

Dan daripada kalangan Quraisy ini, Allah telah memilih Bani Hashim sebagai legasi yang akan  membawa keturunan kepada Nabi S.A.W.

Allah telah memilih Nabi S.A.W dikeluarkan daripada keturunan Bani Hashim yang merupakan sebaik-baik keturunan mengikut susur galur yang sampai kepada Nabi Ismail A.S.

Bagi yang tahu atau tidak tahu, inilah nasab baginda Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad S.A.W bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdil Manaf bin Qusay bin Kilab.

Dan Allah telah melantik atau memilih ibu nabi juga daripada kalangan yang baik. Allah telah melahirkan Aminah binti Wahab bin Abdil Manaf bin Zuhra bin Kilab.

Di mana telah bertemu nenek moyang ayah nabi dan ibunya Aminah pada Kilab. Kilab ini ialah nenek moyang Nabi S.A.W.

Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin Fahr. Fahr ini adalah Quraisy.

Dan daripada Fahr Quraisy inilah diteruskan susur galur dia lagi. Daripada Fahr bin Malik bin An-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Elyas bin Mudar bin Nizar bin Maad bin Adnan.

Ini adalah satu nasab yang disepakati oleh Muhadisin dan para sejarawan. Dan daripada Adnan sampai ke Nabi Ismail A.S telah berlakunya khilaf dekat situ.

Tetapi Nabi juga ada beritahu bahawa Allah telah memilih baginda daripada sebaik-baik keturunan dan sebut lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh at Tabarani dalam Al-Mu'jam Al-Awsat iaitu sebuah hadis yang hasan.

Kata Nabi:

"Aku ini dilahirkan hasil daripada pernikahan yang sah dan aku bukanlah dilahirkan daripada pelacur. Daripada Adam A.S sampailah ke ayah dan ibuku yang melahirkan aku ini, tidak ada satu keturunan kami yang ada dilahirkan hasil daripada hubungan yang bukan sah".

Wallahualam.


*Rujukan:
Potongan rakaman kuliah Dr. Kamilin Jamilin: Salasilah Keturunan Nabi Muhammad S.A.W


___________________________
~  Zulfikar Egar  ~
Lajnah  Agama
_____________________________


Comments