Siapakah Yang Sulung? Saidina Hasan Atau Saidina Husain?

OLEH: Zulfikar Egar


Sayyidnan Hassan bukan anak Sulung sayyidnan Ali?

Berikutan tulisan saya sebelum ini mengenai tarikh kelahiran Saidina Hassan bin Ali R.A.

Dua Ustaz yang paling saya kasihi dan hormati iaitu Ustaz Kamilin Jamilin dan Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi telah menegur akan fakta-fakta yang saya kemukakan.

Untuk makluman, hasil tulisan saya tersebut daripada pemahaman dari kelas Maulana Asri Yusof yang saya hadiri pada April lepas di Baitussalam dan juga dari tulisan web Darul Kautsar.

Di sini saya kepilkan kembali teguran Ustaz-ustaz yang saya muliakan.

A) Ustaz Kamilin Jamilin :

Sekadar penelitian untuk ditahqiq, cuba ustaz semak:

1. Riwayat al-Bukhariy & Muslim menerusi hadis ‘Aliy RA sendiri menunjukkan perkahwinan ‘Aliy dan Fatimah RA berlaku sejurus selepas Badar tahun ke-2 hijrah…

2. Tahun kelahiran Hasan, sebab al-Layth bin Sa’d, al-Barqiy, Ibn Sa’d, Ibn Kathir, al-Dzahabiy, Ibn Hajar, Ibn ‘Abd al-Bar dan ramai lagi sebut beliau lahir pada tahun ke-3 hijrah pada bulan Ramadan…Al-Layth dan Ibn Kathir sebut Husayn adiknya yang lahir pada tahun ke-4…

3. Adakah riwayat Asma’ binti ‘Umays sambut sahih compare dengan fakta yang lebih kukuh dari pelbagai riwayat mengenai kelahiran Hasan dan perkahwinan ibu bapanya? Sebab Ummu Salamah, Ummu al-Fadhl dan Ummu Ayman RA juga disebut hadir menyambut kelahiran Hasan…

4. Riwayat Asma’ RA sambut Hasan juga ada dimainkan dalam kitab2 Syiah, contohnya riwayat yang kata Asma RA bagitahu Fatimah RA tiada darah masa lahirkan Hasan…

5. Umur Abu Bakr RA 62-63 tak larat dukung Hasan? Kudrat merupakan suatu yang subjektif apatah lagi perbandingan dengan kudrat orang zaman dulu yang umur dekat 60 tahun pun masih gagah berperang dan bermusafir jalan kaki jauh…Sedangkan zaman sekarang seorang atuk berumur 63 tahun pun pernah dilihat mampu dukung cucunya berusia 10-11 tahun…

.

😎 Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi

Barakallahufikum, antara fakta yang wajib dibetulkan:

1. Ali berkahwin dengan Fatimah pada hujung tahun pertama hijrah, dan hidup bersama pada tahun ke-2 Hijrah selepas peperangan Badar. Ulama berbeza pada penetapan bulan, ada yang kata pada Syawwal kerana perang Badar berlaku pada Ramadhan. Ada juga yang kata Zulhijjah. Riwayat yang paling jelas membuktikan perkahwinan Ali dan Fatimah berlaku selepas perang Badar adalah berdasarkan hadith Al-Bukhari dan Muslim daripada Ali sendiri.

2. Hasan adalah anak sulung Ali dan cucu sulung baginda kerana beliau lahir pada pertengahan Ramadhan atau dikatakan juga Syaaban pada tahun ke-3 Hijrah sebagaimana disebut Al-Hafiz Ibnu Hajar dan Al-Zahabi.

3. Anak kedua Ali adalah Husain yang lahir pada Syaaban tahun ke-4 Hijrah. Muhassin pula dikatakan anak ke-3 Ali dan meninggal ketika kecil.

4. Ummu Kalthum pula setakat pengetahuan ana lahir dalam tahun ke-6 Hijrah, beliau sempat bertemu Nabi namun beliau tidak ada meriwayatkan daripada Nabi satu hadith pun sebagaimana yang disebutkan Al-Zahabi dalam Siyar.

Tak berapa setuju dengan alasan Abu Bakar sudah tua tak larat mendukung Hasan pada usia 60 tahun dan setuju dengan kenyataan SyeikhKamilin Jamilin

Mohon diberikan sumber kenyataan atas. Barakallahufikum.

:

Sumber yang saya rujuk selain dari ingatan semasa menghadiri di kelas Maulana Asri Yusof di Baitussalam.
http://www.darulkautsar.net/darulkautsar-net/pemurnian-sejarah/zaman-rasulullah/bilakah-sayyidina-hasan-dilahirkan.html


:

Saya mohon maaf atas kecelaruan yang timbul.

Wallahualam


___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments