OLEH: Abu Nur Aisyah
Nah begitulah juga dalam bab makan dan minum, ada adab dan sunnah atau SOP yang wajib dipatuhi agar seseorang bisa mencapai target/KPI yang telah ditetapkan oleh Allah 'azza wa jalla yakni pahala dan redha-Nya.
Antara adab dan sunnah ketika makan:
'Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu'
(dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).
2. Makan dan minun dengan menggunakan tangan kanan, sebab syaitan makan dan minum menggunakan dengan tangan kiri. Jadi, janganlah cuba-cuba nak ikut telunjuk syaitan.
3. Di dahulukan makan dsri tepi pinggan, bukan dari tengah. Sebab, barakah itu turun di tengah-tengah makanan.
4. Tidak mengaibkan makanan atau memburuk-burukkan makanan disebabkan kemungkinan makanan tersebut kurang rasa atau tidak enak.5. Dianjurkan makan secara berjamaah, sebab di dalambya terdapat barakah.
6. Jika makanan terjatuh, ambil dan makan kecuali jika makanan tersebut kotor.
7. Menjilat jari selepas makan dan sebelum mencuci tangan.
8. Memuji dan berdoa selepas makan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَكَلَ طَعَامًا فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَطْعَمَنِى هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّى وَلاَ قُوَّةٍ. غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barang siapa yang makan makanan kemudian mengucapkan:
“Alhamdulillaahilladzii ath’amanii haadzaa wa rozaqoniihi min ghairi haulin minnii wa laa quwwatin”
(Segala puji bagi Allah yang telah memberiku makanan ini, dan merezekikan kepadaku tanpa daya serta kekuatan dariku), maka diampuni dosanya yang telah lalu.”
9. Membasuh tangan dengan bersih
10. Jika bertamu, kemudian disajikan makanan, sunnah mendoakan buat tuan rumah dengan doa:
اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِى وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِى
“Allahumma ath’im man ath’amanii wa asqi man asqoonii”
[Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku]
Rujukan:
1. https://rumaysho.com/1550-adab-makan-penuh-barokah-1.html
2. https://rumaysho.com/1552-adab-makan-penuh-barokah-2.html
___________________________
~Abu Nur Aisyah~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment