OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Adalah sangat malang apabila penganut mazhab kalam menganggap bahawa penggunaan logika dan rasional dalam kerangka iman dan wacana mengenal Tuhan; sebagai sebuah kemajuan serta upaya menghargai aqal.
Padahal mereka bodoh: ibarat kata Imam-imam Ahlul Sunnah. Ya, mereka bodoh walau nyambung pengajian di ISTAC atau CASIS atau seumpamanya. Sungguh tetap bodoh walau mereka itu dosen atau guru besar di universiti.
Kebebalan mereka bermuara kepada tanggapan bahawa logika mampu menanggap bicara iman iaitu menyingkap Ar Rububiyyah, mentuluskan Al Uluhiyyah dan mengagungkan Asma dan As Sifat.
Dalam bahasa singkat; bodohnya mereka itu kerana meletakkan sesuatu - malah ia adalah kerosakan - bukan pada tempatnya lantas beriman itulah sebuah keadilan yang membawa kebenaran.
Dalam masa yang sama - setelah meletakkan kebatilan dalam sistem fikir tauhid - mereka menyangka bahawa penganut mazhab ahlul Sunnah wal Atsar itu adalah manusia bebal lantaran meninggalkan ilmu kalam.
Nampaknya falasi sangat kental membelit aqal pemuja ilmu kalam. Mereka nampaknya seunpama ungka dan mawas, kerana berfikir segala kemajuan meterial itu dicapai umat Islam tatkala mereka menikirkan tuhan dengan kerangka rasional!
Dan bertambah terang bahawa kaum tersebut tidak punya aqal apabila mereka membicarakan hal sufi dimana ajaran sufi sangat menyudutkan peranan rasio.
Jadi mereka itu semacam sesumpah: sekejap menjadi pemuja aqal dalam Tauhid dan ketika menjadi sufi maka mereka menafikan aqal yang baru sebentar tadi di puja.
Inilah tabiat luar biasa dari ahli kalam.
Sungguh tidak masuk dek aqal waras kalau mereka menganggap kaca yang dibentuk dari leburan pepasir Kordova oleh Ibnu Firnas adalah kerna dia membicarakan perihal qanun Al Kulli:
"Nash yang menyalahi aqal ketika menyebut sifat Tuhan maka (1) di tolak atau (2) di takwil agar cocok dengan logika fikir".
Jadi yang tidak warasnya adalah penganut mazhab ahi kalam. Yang bebalnya adalah manusia yang berfikir bahwa dengan aqal dia mampu menggapai hakikat Tuhan.
Padahal aqalnya terdedah pada kecacatan, terluput malah merosot hingga pikun. Serta aqal itu beda tingkatannya sesuai dengan betapa banyak ilmu dan jalan pikir yang ditempuh.
Juga sudah lumrah apabila manusia bebal menganggap dirinya bestari. Maka tidak perlu di tanggap kalau pengekor Metoda bangsa Yunani yang mereka istilahkan sebagai ilmu kalam, untuk membangga diri sebagai golongan pemikir serta menjunudkan mazhab salaf.
Sudah sampai masa untuk kita menukar bahasa, dari istilah Ilmu Kalam kepada istilah kontemporari yang mendekat pada pengertian umat, iaitu "ilmu memuja aqal".
Kerana itu kita dapat lihat betapa banyak kontradik dalam mazhab Asyaariyah kerana mereka adalah mazhab yang menegakkan Ilmu Memuja Rasional.
Jadi jangan terkejut apabila dikhabarkan bahawa semua pendokong JIL - islam liberal - adalah orang yang membesar dalam mazhab kalian.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment