OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman
Sama ada rambut, capal, serban, pedang dan sebagainya.
Supaya jangan keliru, perlu ditegaskan bahawa KEMULIAAN dan KEBERKATAN NABI adalah satu perkara, manakala MEMBUKTIKAN bahawa sesuatu BARANGAN itu MILIK NABI adalah satu perkara yang lain.
Jangan keliru antara kedua-duanya.
AGAMA ISLAM sentiasa menekankan aspek DALIL dan BUKTI dalam setiap satu perkara yang dikemukakan.
Sama sekali ISLAM bukan agama kepercayaan KARUT MARUT yang bersandarkan kepada dakwaan, andaian dan cakap-cakap KOSONG.
Sabda Nabi:
البينة على المدعي
"Orang yang MENDAKWA perlu mengemukakan BUKTI."
[Sahih. Riwayat Al-Baihaqi]
Maka bagi mereka yang MENDAKWA memiliki barang kepunyaan Nabi, dikatakan kepadanya:
"Apa buktinya?"
Mungkin ada yang bertanya, bukti bagaimana yang perlu dikemukakan?
Jawapannya, tidak ada selain daripada bukti ISNAD (jalan riwayat) oleh PERAWI-PERAWI THIQAH yang dipercayai, bermula daripada pihak yang mendakwa pada hari ini sehinggalah ke Sahabat Nabi radhiallahu anhu.
SANADNYA perlu jelas dan bersambung dari mula sampai habis.
Sama seperti riwayat hadis.
Sebagaimana sabda Nabi perlu dibuktikan kesahihannya dengan jalan ISNAD oleh perawi-perawi yang THIQAH dan RIWAYAT yang BERSAMBUNG, demikian jugalah sebarang apa yang didakwa kepunyaan Nabi sallalahu alaihi wassalam.
Inilah hakikatnya. Tiada jalan pintas.
Kata Abdullah bin Al-Mubarak (wafat 181H):
إن الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء
"Sesungguhnya ISNAD (jalan riwayat) adalah sebahagian daripada AGAMA, jika bukan kerana ISNAD nescaya sesiapa sahaja boleh MENDAKWA apa sahaja."
Ya, sesiapa sahaja boleh mendakwa memiliki rambut Nabi, capal, serban, pedang dan sebagainya.
Tetapi persoalan utamanya:
APA BUKTINYA?
MANA ISNAD (JALAN RIWAYATNYA)?
BUKTIKAN bahawa barang ini kepunyaan NABI, kerana sesiapa sahaja boleh mendakwa memiliki ini dan itu.
Realitinya, hal ini MUSTAHIL DIBUKTIKAN.
Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
Akhirnya, segala apa yang didakwa pada hari ini barang milik Nabi hanyalah DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA BUKTI.
Lebih buruk lagi, terdapat golongan PENUNGGANG AGAMA yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan dunia, mengambil kesempatan atas kejahilan masyarakat tentang hal ini.
Buat mereka, kita sebutkan sabda Nabi:
"Barangsiapa BERBOHONG atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia bersedia untuk mendapatkan tempatnya dalam API NERAKA."
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Wallahul musta'an.
___________________________
~Ustaz Idris Bin Sulaiman~
Pendakwah Bebas
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment