Makruh Mandi Ketika Puasa?

OLEH: Shahrul Aiman

Soalan ini seringkali di ajukan oleh orang awam kepada para alim ketika datangnya bulan ramadhan. Namun terdapat juga kebanyakkan daripada orang awam terus meletakkan hukum makruh mandi pada bulan ramadhan/ketika berpuasa, lebih-lebih lagi apabila setelah waktu asar. Alasan mereka ialah, kerana mandi akan menjadikan tubuh kita segar dan menghilangkan keletihan berpuasa, kononnya lebih letih, panas dan lelah itu lebih berpahala disisi mereka. Maka apa jawapan yang sebenarnya?

Imam an-Nawawi mengatakan:

"Dibenarkan bagi orang yang sedang berpuasa masuk ke dalam air dan menyelam di dalamnya atau mengalirkan air ke atas kepalanya sama ada di bilik air atau selainnya. Tidak ada berpezaan pendapat dalam masalah ini." [Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab 6/348]

Ibn Qudamah mengatakan:

"Tidak mengapa mandi bagi orang yang berpuasa....Adapun menyelam dalam air, Imam Ahmad mengatakan tidak mengapa jika tidak dikuatiri air masuk ke dalam telinganya."
[Al-Mughni 3/124]

Pendapat yang mengatakan makruh/haram mandi di atas boleh disangkal dengan satu hadis sahih ini:

حدثني مَنْ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَوْمِ صائف يصب على رأسه الماء من شدة الحر والعطش وهو صائم

Maksudnya: “Telah menceritakan kepadaku seseorang yang pernah melihat Nabi SAW pada hari Saif menyiram air ke atas kepada Baginda kerana sangat panas dan dahaga sedangkan dia berpuasa.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Malik dalam Muwatta’, Ahmad bin Hanbal dalam Musnafnya, Abu Daud, Al-Nasaie dalam Sunan masing-masing, al-Hakim dalam Mustadrak ‘ala al-Sahihain, al-Baihaqi dan selain mereka dengan sanad yang sahih.

Pendapat yang mengatakan makruh juga ada dalilnya daripada hadis, namun hadis tersebut dhaif dan pendapat ini merupakan pendapat daripada mazhab Imam Abu Hanifah.

Bagi menguatkan dalil diperbolehkan bagi seseorang untuk mandi ketika sedang berpuasa, saya datangkan juga satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud;

لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِالْعَرْجِ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنَ الْعَطَشِ أَوْ مِنَ الْحَرِّ.


“Sungguh, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di Al ‘Aroj mengguyur kepalanya -karena keadaan yang sangat haus atau sangat terik- dengan air sedangkan beliau dalam keadaan berpuasa. ” (HR. Abu Daud no. 2365)



Sumber:
1. https://rumaysho.com/442-mandi-untuk-menyegarkan-badan-ketika-berpuasa.html
2. FB Ustaz Ahmad Hasyimi
3. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1187-al-kafi-308-hukum-mandi-ketika-berpuasa

___________________________
~Shahrul Aiman~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments