OLEH: Zulfikar Egar
Zainab R.A isteri kepada Abdullah bin Mas’ud R.A pernah menceritakan bahawa:
“Pada suatu hari Abdullah bin Mas'ud masuk bertemuku lalu duduk di sebelahku. Beliau mendapati di leherku terikat seutas benang (azimat).” Beliau bertanya: “Benang apa yg terikat di lehermu?” Zainab menjawab: “Ini adalah benang jampi untuk mengubati sakitku.” Abdullah bin Mas'ud kemudiannya mencabut dan memotong benang itu seraya berkata:
"Sesungguhnya keluarga Abdullah Ibn Mas'ud tidak memerlukan syirik!"
kerana aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya jampi (yang syirik), tangkal dan azimat tergolong dari amalan syirik kepada Allah” [Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad].
Sedarkah kita, cinta sejati di dunia antara suami isteri tidak semestinya menjadi cinta abadi sehingga ke syurga.
Ini boleh dilihat dalam surah al-Zukhruf ayat 67 di mana Allah Subhana Wa taala telah berfirman.
"Pada hari itu sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)".[43:67]
Cinta seorang suami kepada isterinya tidak hanya terbatas kepada kilauan emas permata atau haruman kuntum bunga. Tetapi yang jauh lebih penting adalah penjagaan keluarga dari sambaran api neraka.
Sungguh malang sekali bagi pasangan suami isteri yang sangat romantik di dunia tetapi terpisah jauh menjadi musuh di akhirat kelak.
Justeru itu wajarlah kita mengambik berat akan pengajaran daripada ayat 14 dalam Surah al-Taghabun ini.
"Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri dan anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".[64:14]
Jika boleh (mudah-mudahan) kekalkan lah cinta suami isteri dan anak-anak sehingga ke syurga dengan menepati piawaian cinta yang digariskan Allah melalui apa yang telah dianjurkan oleh agama. InsyaAllah.
Belajarlah dari kisah Abdullah bin Mas’ud R.A dan isterinya Zainab R.A dalam melayari bahtera rumahtangga mereka.
Wallahualam.
*Rujukan:
- Cinta Tak Lulus Syariah Dan Hari Valentine (Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim).
___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment