OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Abdullah bin Saba ini mengikuti kaedah yang pernah ditempuh oleh leluhurnya lebih dari 5 kurun lalu, dimana Saulus - seorang yang berambisi besar untuk menjahanamkan agama yang dibawa oleh Nabi Isa telah berjumpa dengan petinggi Yahudi - Imam Besar - bagi menerangkan makar yang akan dia lakukan.
Kemudian dalam perjalanan ke Damsyiq untuk menangkap kaum beriman, konon Nabi Isa telah menjelma dalam bentuk cahaya sehingga matanya tidak melihat selama beberapa hari. Seterusnya dia bertaubat dan menjadi pendakwah.
Sesudah itu mulalah dia mengubah ajaran-ajaran Nabi Isa. Hal ini dapat dibaca dalam Kisah Para Rasul, kitab sesudah 4 Injil dalam Alkitab (Bible).
Abdullah bin Saba juga berpura-pura masuk Islam sebagaimana Saulus. Kemudian dia merintis ajaran sesat ini. Sesudah kematiannya, ajaran sesat ini banyak dikembangkan oleh orang Parsi. Ajaran yang dicetuskan oleh Abdullah ibn Saba ini dipanggil sebagai Syiah.
Sebagaimana Agama Nasrani banyak menyelisihi ajaran Taurat dan Nabi Isa, maka begitu jugalah kaum Syiah banyak menyelisihi aturan yang digariskan dalam Islam.
Aliran-aliran Syiah ini banyak dan paling hampir (bukan bermaksud mereka itu Ahli Sunnah) adalah Syiah Zaidiyah namun dikatakan mazhab ini sudah tidak ada lagi lantaran ajaran Syiah Imamiyah (Syiah Itsna Asyariyah) telah meresap dalam kelompok ini.

Orang Awam dari kaum Syiah menyangka mereka berada dalam jalan kebenaran dan mencitai Ahlul Bait. Kerana itu mereka mengaku sebagai Muslim.
Manakala bagi ulama mereka, ada yang masih jahil dan bodoh - belum melihat kebenaran - ataupun memang berniat untuk menghabisi Islam dan Ahlu Sunnah.
Ulama yang tidak melihat kebenaran akan bersikap seperti 'orang awam' iaitu ikhlas mengakui dirinya Islam. Manakala ulama yang mengetahui kebenaran namun berusaha untuk memusuhi Islam, mereka mengaku sebagai Muslim atas sebab mengamalkan watak kemunafiqan mereka.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment