Mengapa Nabi Tidak Poligami Ketika Khadijah Masih Hidup?

OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya



“TIDAK SELAGI KHADIJAH MASIH ADA DI SISI”

Lama betul tak menulis tentang poligami.
Tergerak hati utk memberi pandangan bila ramai yang berhujjah Nabi tidak akan berpoligami andainya khadijah masih hidup..

Lalu datanglah hujjah.. "tidak selagi Khadijah masih hidup".. Atau "tidak selagi si dia masih ada".. Atau lg jelas.. "tidak ku berpaling dan kekal setia selagi isteri ini masih ada"..
Lalu bagaimana kita berinteraksi dengan konteks ini?

Inilah sifat kemanusian (Basyariah) Nabi Allah kita Muhammad Rasulullah. Byk faktor kenapa Rasulullah tidak berkahwin lain ketika Khadijah masih lagi berada disisinya. Dlm keadaan dakwah yang sukar, dakwah yang dikekang, masakan Rasulullah lebih memikirkan soal perkahwinan dari mengembangkan agama? Dakwah di Mekkah itu lebih kepada pengukuhan Aqidah, lebih kepada membina masyarakat yang jiwanya bergantung penuh pada Allah..

Kerna keadaan itu, seorang suami boleh memikirkan soal poligami saat urusan asasnya belum selesai..agamanya ke mana, isterinya masih lg jauh dari agama, lalu mana mungkin dia mula sibuk berpoligami? Tapi jgn lupa pula, Khadijah telah melakukan sebaik-baik tugas kepada sebaik-baik manusia Khairul Anam, Nabi kita Rasulullah SAW.

Lalu di sinilah terserah kepada seseorang agar perlu baginya berpoligami ataupun tidak bg menunjukkan shariah Allah ini sesuai utk semua tanpa beliau menafikan poligami dlm hidupnya. Akhirnya bila waktu sesuai.. Beliau juga berpoligami dan menutup pintu bahawa poligami bukan dari sunnahnya.

Sebagaimana Rasulullah ini bersifat البلاغ, lupakah kita dengan kisah Khalid dengan menu Dhabnya? Diamnya Rasul menjadikan ia sbhgian dari Sunnah yg diletak di bawah kategori Sunnah Taqririyyah.

Justeru, bagaimana pula syariat ini dijunjung oleh sahabat Nabi yang dijamin Syurga? Adakah praktisnya Sahabat tidak dihalang oleh Nabi tidak termasuk kisah persis Khalid Alwalid memakan Dhab? Baginda insan terpecaya Baginda, Abu Bakr RA ketika hayatnya yang punya 5 isteri kesemuanya? Antaranya Qutailah bint Abdul Uzza, bondanya Asma’, Ummu Rumman bondanya Aishah, Asma’ bin Umais, dan lain2..

Lihat pula Umar Ibn Al-Khattab, mereka punya 4 isteri..insan hebat ini juga mempraktiskannya atas sebab mahupun tidak.

Lihat pula insan yang paling lembut, sopan dan mulia di mata Malaikat Uthman bin Affan RA punya lapan isteri semasa hayatnya dia?Ruqayyah putrinya Nabi, Ummu Kalsum, Fakhitah, Rumailah dan yang lain lagi.. Syariat ini datang kepada Baginda, lalu turunnya kepada sahabat melalui Sunnah Taqririyyahnya jua.

Saatnya turun ayat Al-Nisa’ ayat ke 3, pada lewat tahun 8 Hijrah, Nabi telah pun berkahwin melebihi 4 isteri. Bahkan adat ketika itu punyai isteri ramai, sehingga datang Syariat menghadkan dan membataskan seseorang utk berkahwin tidak lebih dari 4 kecuali Nabi kerana ummul mukminin tidak boleh dimiliki oleh orang lain setelah dinikahi Rasulullah SAW

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullahu dengan sanadnya bahawa Ghaylan ats-Tsaqofi masuk Islam sedangkan dirinya memiliki 10 orang isteri.

Dalam riwayat yang lain bahawa ’Umairoh al-Asadi berkata :”Aku masuk Islam dan aku memiliki 8 orang isteri, lalu aku sampaikan hal ini kepada Nabi dan beliau pun bersabda: ”pilihlah empat diantara mereka.” (no.2241. juzu’ 2.hlm 272)

Belum cukupkah riwayat-riwayat ini dijadikan sandaran akan praktis ini? Mana mungkin datang sekelompok manusia membawa syubhat..POLIGAMI INI PERLU HANYA JIKA ISTERINYA MENINGGAL..atau LIHATLAH RASULULLAH SETIANYA bersama Khadijah..?Lantas kenapa Rasulullah kemudiannya berkahwin dengan isteri-isterinya yang lain selepas Khadijah tanpa menunggu isterinya Saodah meninggal dunia?

Ada juga mengatakan Ali Radiyalahu anhu setia ke akhir hayat bersama Fatimah..walaupun di sana ada keinginan Ali utk berkahwin dengan Putri Abu Jahal namun dihalang Rasulullah bukan kerana mahu setia pada anaknya, tapi kerna beliau tidak mampu utk menerima putri kepada musuh utama Islam, putri Abu Jahal.

Poligami itu satu pilihan. Bukan paksaan. Tapi ingat ia bukan celaan. Saya Bersetuju Poligami itu lebih dilihat harmoni utk membantu atau punya asbab-asbab tapi ia bukanlah syarat. Jika Rasulullah itu ikutan, begitu juga dengan Sahabat-sahabat Nabi yang hebat seperti Abu Bakr, Umar dan Uthman Radiyallahu anhuma juga ikutan kita semua. Lupakan kita saat Nabi menjamin mereka dengan menyebut;

ائْذَنْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ
“Izinkah Abu Bakr masuk dan khabarkannya baginya Syurga”

Diucap yg sama pada Umar dan Uthman radiyallahu anhuma…Lantas di mana kedudukan mereka disisi Rasulullah SAW? Mereka ini sahabat dijamin Syurga, kenapa tidak mereka setia dan kekal seorang bersama isteri pertama mereka sebagaimana teman kekasih mereka Rasulullah SAW ? Bukankah mereka begitu taksub tidak berganjak sedikitpun utk mengikut Sunnah Rasulullah SAW mereka yang dikasihi dan disayangi itu?

Jelas hujjah “tidak selagi Khadijah masih ada” hanya sekadar omongan utk mereka yang ingin berbicara sinis tentang poligami lalu mengatakan..kalian tidak setia, kalian tidak ikut sunnah Nabi yg sebenarnya..ironinya, bukankah Sunnah Sahabat juga adalah sunnahnya baginda Rasul? Bagaimana pula dengan hadith عليكم بسنتي وستة الخلفاء الراشدين المهديين؟ Tidak..kita tidak pernah lupa.

Semestinya praktis terbaik dalam poligami adalah Rasulullah dan para sahabat sebagaimana hebatnya isteri-isteri mereka menerima poligami. Tak wajar membandingkan suami itu dengan Rasulullah tanpa si isteri lupa di mana tempatnya berbanding isteri-isteri Rasulullah.

Buat suami juga, andai ingin berpoligami, Sunnah Rasulullah dalam memuji Khadijah di depan Aisyah menandakan penghargaan Rasulullah pada isteri pertama..isteri yang padanya jatuh bangun kita, padanya kita susah dan senang, padanya kita menangis dan ketawa…lantas si isteri yang baru harus memahami dan perlu juga menghargai, menghormati yang pertama andai yang pertama itu menghargai suami dan teman madunya.

Poligami ini kekal ia sebagai syariah. Berlaku adillah dalam berbicara. Ya, nikah ini adalah Sunnah dan ianya syariat yg baik sebagaiman surah al-rum ayat 21. Sebagaimana syariat boleh rosak dengan pengamal poligami ini bermasalah, begitu juga monogamy ini bisa rosak jika ia dirosakkan oleh mereka di dalamnya. Andai Muslim itu pengganas, adakah ISLAM itu menyuruh keganasan? Andai seorang itu berlaku zalim pada isteri –isteri mereka, adakah bermakna POLIGAMI itu berlaku zalim pada isteri? Teringat pula kata-kata ini

“Not all Muslims are terrorists, but all terrorists are Muslims.”..adakah kita ingin menukar “Not All Polygamist are BAD PEOPLE but all BAD PEOPLE are polygamist”?

Berdoalah agar Allah takdirkan yang baik-baik utk keluarga kita kerana Dia Maha Mengetahui buat HambaNya. Buat Si isteri di luar sana, Berdoalah andai monogamy itu terbaik buat kita dan suami kita, maka moga Allah mengekalkan ia seadanya, andai poligami itu baik buat kita dan keluarga kita, moga Allah redhakan hati kita semua dan membantu kita menjalaninya.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


___________________________
~Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments