Sahihkah Athar Saidina Ali RA Bahawa Para Sahabat Berzikir Sambil Bergoyang?

OLEH: Ustaz Zulfadhli Bin Mohd Razi



:: Status Athar 'Ali RA ::

Ditanya berkenaan status athar sebagaimana dalam gambar, jawapan saya secara ringkas:

Wasalam, ustaz. Al-Muhaddith Dr Tariq 'Awadh Allah dalam tahqiq beliau kepada Jami' al-'Ulum Wa al-Hikam, beliau berkata:

أخرجه ابو نعيم بإسناد ضعيف جدا
"Abu Nu'aim telah mengeluarkannya dengan sanad yang terlalu dha'if". 
(Jami' al-'Ulum Wa al-Hikam oleh al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali, m/s 831, tahqiq oleh Syeikhuna Dr Tariq 'Awadh Allah. Cetakan kedua, tahun 1420 H/1999 M. Dar Ibn al-Jawzi, Riyadh)

Al-Syeikh al-Muhaddith Dr Maher Yasin al-Fahl turut berkomentar dalam tahqiq beliau bagi kitab Jami' al-'Ulum Wa al-Hikam, katanya:

"Ini adalah suatu yang batil, palsu lagi dusta atas nama Amir al-Mu'minin 'Ali bin Abi Talib RA juga atas nama para sahabat RA. Khabar tersebut terdapat beberapa kecacatan. Kecacatan yang utamanya adalah 'Amr bin Shamr al-Ju'fi al-Kufi al-Shi'ei. Al-Jawzajani berkata: 'Seorang yang menyeleweng lagi kaki dusta', Ibn Hibban pula berkata: 'Beliau seorang Rafidhah, memburuk-burukkan sahabat dan meriwayatkan hadith-hadith palsu', al-Bukhari berkata: 'Munkar al-Hadith', al-Nasa'ie, al-Daraqutni dan lain-lain berkata: 'Matruk al-Hadith', al-Sulaimani berkata: ''Amr selalu memalsukan hadith untuk golongan Rafidhah'".
 (Jami' al-'Ulum Wa al-Hikam oleh al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali, m/s 935, nota kaki nombor 3, tahqiq oleh Syeikhuna Dr Maher Yasin al-Fahl. Cetakan pertama, tahun 1429 H/2008 M. Dar Ibn Kathir, Dimasyq)

Wallahua'lam.


___________________________
~Ustaz Zulfahdli Bin Mohd Razi ~
Pendakwah Bebas
_____________________________


Comments