OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis
Kelebihan Bertawassul di Maqam Saidina Husain???
Kalau Saidina Husain boleh mengabulkan permintaan orang yang buta berdasarkan buku yang dinukil, lebih baik Saidina Husain berdoa ketika konflik beliau berlaku. ( Itupun sumber utamanya ialah mimpi)
Kita memang tidak menafikan tawasul, tetapi tawasul yang bagaimana? Adakah tawasul mirip syiah Ya Husain, atau tawasul dengan cara syarie yang terdapat di dalam Al-Quran & As-Sunnah?
Tawasul yang syarie telah ada:
Pertama: Tawasul dengan asma Allah dan sifatNya.
Berdasarkan firman Allah didalam Surah al-Isra' ayat 110 :" Katakanlah :Serulah nama Allah atau nama Ar-Rahman (didalam doa-doa kamu), yang mana sahaja kamu serukan ( dalam doa) daripada dua nama tersebut adalah baik kesemuanya kerana Allah memiliki banyak nama-nama yang baik dan mulia (Asmaul Husna).
Kedua: Tawasul dengan amal soleh pelaku. Bukan tawasul dengan amal soleh yang diminta kerana yang diminta telah wafat.
Sekalipun rohnya hidup didalam barzakh kerana beliau syahid, tetapi hidupnya tidak sama seperti hidupnya kita. Hidupnya dipanggil hidup barzakhiyah.
Berdasarkan hadith Bukhari tentang tiga orang yang terperangkap didalam gua kemudian mereka bertawassul dengan amalan soleh yang mereka lakukan.
Ketiga: Tawasul dengan doa orang soleh yang masih hidup kerana hubungan mereka yang hampir dengan Allah. Bukan orang soleh yang telah meninggal kerana amalan mereka telah terputus.
Sepertimana mafhum hadith : "Apabila matinya anak Adam, maka terputus amalannya kecuali tiga perkara:
1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang bermanfaat.
3) Doa daripada anak yang soleh yang mendoakan baginya( HR Muslim)
Jadi, ambillah yang jernih dan asli dan tinggalkan yang samar-samar.
___________________________
~ Ustaz Huzaifah Hadis ~
Unit Asatizah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Semakin byk amalan2 syiah syiah yg kita serap.. mcm dah xcukup quran dan sunnah yg sahih utk diamalkan
ReplyDelete