Siapakah Ibnu Sina?

OLEH: Zulfikar Egar

Satu soalan pernah ditanya kepada Ustaz Muhammad Asrie Sobri iaitu,

Siapakah Ibnu Sina dan apakah pegangan aqidahnya yang sebenar?

Di sini dikongsikan jawaban daripada ustaz...

Ibnu Sina merupakan seorang tokoh yang masyhur dan terkenal di kalangan kita sebagai seorang ahli perubatan.

Tetapi jikalau merujuk kepada sejarah biografi Ibnu Sina itu sendiri seperti yang telah ditulis oleh para ulama dan dibahaskan juga oleh para ulama.

Sebenarnya perkara ini tidaklah menjadi rahsia atau tersembunyi. Bahkan semua ulama telah pun mengetahui bahawa Ibnu Sina ini adalah merupakan seorang ahli falsafah ketuhanan.

Di mana Ibnu Sina ini mempunyai akidah-akidah yang berlawanan dengan akidah Islamiyah seperti:

i- Keingkaran beliau akan sifat-sifat Allah Subhana Wa Ta'ala.

ii- Bahkan beliau mengingkari bahawa Allah Ta'ala itu mengetahui tentang keadaan makhluknya secara terperinci.

iii- Dan beliau mengingkari kebangkitan di hari akhirat dengan jasad.

Semua ini adalah pemahaman yang jelas bertolak belakang dengan rukun-rukun iman dalam Islam.

Ibnu Sina pada dasarnya datang atau berasal daripada keluarga yang menganut aliran Syiah Ismailiyyah yang merupakan aliran batiniah yang terkeluar daripada ajaran Islam.

Justeru itu Ibnu Sina adalah merupakan seorang yang zindiq yang mana beliau tidak diiktiraf sebagai seorang muslim yang sahih aqidahnya.

Manakala bagi seorang Islam, tidak dibenarkan seseorang muslim itu mendoakan keampunan atau rahmat bagi pihaknya kerana tidak ada bukti yang jelas bahawasanya Ibnu Sina ini telah menzahirkan taubat sebelum beliau meninggal dunia.

Maka aqidah Ibnu Sina itu hendaklah dijauhi. Ada pun mengenai ilmu perubatan beliau pula. Kita menerima ilmu perubatan daripada sesiapa sahaja kerana ia adalah ilmu yang berkongsi padanya kemanusiaan. Semua manusia berkongsinya.

Oleh itu kita tidak membeza-bezakan ilmu perubatan yang datang daripada yahudi, hindu, cina atau daripada sesiapa pun selama mana ia tidak melanggar batas-batas sempadan kaedah-kaedah syarak yang telah ditetapkan Islam.

Kesimpulannya, Islam tidak menolak ilmu-ilmu seperti ini daripada sesiapa pun yang ia datang.

Wallahualam



*Rujukan:
- Q & A Yayasan Ta'lim : Siapakah Ibnu Sina? Apakah Pegangan Aqidah Beliau? (Ustaz Muhammad Asrie Sobri)
___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
_____________________________




Comments