Yang Mengajar Kaum Sunni Untuk Menyambut Banyak Acara Agama

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Ira M. Lapidus berkata dalam buku A History of Islamic Societies:

"Di bawah pemerintahan Dinasti Buwaiti, syiah - barangkali sebagai respon kepada penentangan Hanbali - memperkenalkan sambutan Ghadir Khumm dan Asyura, dan kaum Sunni membalasnya dengan menyambut acara Pertabalan Abu Bakr sebagai Khalifah, kenaikan para khalifah Ar Rasyidin dan Muawiyah, serta pelbagai simbol sunni yang lainnya".

Catatan:
Kadangkala para ulama terdahulu menggunakan nama Para Imam Mazhab Fiqh sebagai simbol bagi mazhab aqidah.

Hanabilah : mazhab Ahlul Hadis wal Atsar iaitu Mazhab Salaf dan adalah Mazhab Ahlul Sunnah. Dinamakan Hanabilah sebab Imam Ahmad memperjuangkan mazhab ini di saat mazhab ini ditentang hebat oleh Kerajaan Mu'tazilah.

Malikiyah: ia adalah merujuk kepada Hanabilah di bahagian Barat seperti di Magribi dan Andalusia. Iaitu mazhab Ahlil Hadis.

Syafi'iyah : ia merujuk kepada mazhab Asyaariyah yang berasal dari mazhab Kulabbiyah. Dinamakan semperna Imam As Syafie sebab pengikut mazhab Kulabiyah menganggap bahawa aqidah sesat ini diambil dari As Saji dan As Saji pula mengambil aqidah batil tersebut dari Al Muzani yang menjadi murid As Syafie. Walhal As Saji dan Al Muzani adalah Hanabilah.

Hanafiyah : merujuk kepada mazhab Maturidiyah. Pengikut mazhab ini menganggap bahawa Abu Mansur Al Maturidi mengambil aqidah ini melalui gurunya yang bersanad sampai kepada Imam Nu'man sekaligus percaya Abu Mansur membuat aqidahnya seperti yang disampaikan oleh Imam Nu'man dalam Fiqh Al Akhbar dan Fiqh Al Absath. Walhal kedua kitab ini adalah Dhaif untuk disandarkan kepada Imam Abu Hanifah.



___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments

Post a Comment