OLEH: Zulfikar Egar
Apakah itu gerakan Liberalisme?
Liberalisme ini adalah satu ideologi, falsafah barat yang berteraskan kepada kebebasan.
Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan di sini adalah kebebasan diri daripada sebarang kekangan luar, di mana mereka melihat bahawa manusia berhak sepenuhnya ke atas dirinya untuk melakukan apa sahaja yang dia hendak lakukan, selama mana ia tidak menggangu gugat hak orang lain.
Maka ini yang mereka sebut sebagai Liberty dan kelompok liberalisme ini berlawanan dengan syarak, kerana syarak mengikat perbuatan manusia.
Ada pun liberalisme, mereka melihat seorang individu itu mempunyai hak yang penuh ke atas tindakan individunya. Selama mana ia adalah tindakan yang dipersetujui antara individu, maka ia dibenarkan.
Walaupun ianya berbentuk maksiat seperti zina, seperti hubungan lesbian dan gay dan lain-lain maksiat yang tidak dibenarkan liberalisme kalau tidak ada persetujuan.
Dan ini berlawanan dengan konsep syarak, di mana syarak menegaskan bahawa kita ada hak kepada Allah Azza Wa Jalla yang paling besar.
Kemudian kita ada hak kepada makhluk yang merupakan rentetan daripada hak kepada Allah Subhana Wa Ta'ala yang kita kena tunaikan.
Ada pun liberalisme, mereka tidak melihat di sana adanya sempadan syarak yang mengawal perbuatan manusia, bahkan manusia itu bebas melakukan apa sahaja maksiat selama mana ianya berkaitan dengan dirinya dan ini tentulah bertentangan sama sekali dengan syarak.
Dan akidah liberalisme berlawanan dengan tauhid, di mana tauhid ialah,
'Iaitunya kita menyerah diri kepada Allah dengan tauhid, kita tunduk kepada Allah dengan ketaatan. Apa yang Tuhan suruh kita buat, apa yang Tuahan larang kita tinggalkan dan kita berlepas diri daripada syirik dan ahlinya'.
Sedangkan golongan liberalisme melihat tidak ada perbezaan di antara akidah, bahkan setiap orang bebas menganut apa sahaja agama yang dia kehendaki, apa sahaja akidah yang dia kehendaki. Apa sahaja yang dia percaya.
Itu adalah kebebasan individu yang tidak boleh dihalang termasuklah hendak murtad daripada agama Islam. Wal iyya zubillah.
Dan tentulah liberalisme adalah satu ideologi yang kufur, yang berlawanan dengan daruriyyat, pemahaman-pemahaman atau asas-asas agama Islam yang tidak ada tolak ansur padanya.
Wallahualam.
*Rujukan:
- Q & A Yayasan Ta'lim : Apakah Gerakan Liberalisme? (Ustaz Muhammad Asri Sobri)
___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment