OLEH: Bhenhar Jul Abdul Razak
yang melatarbelakangi Maulana Muhammad Ilyas untuk mendirikan Jamaah Tabligh kerana keperihatinannya terhadap umat Islam yang jauh dari nilai-nilai Islam dalam kehidupan sehari-hari. Dalam keadaan yang demikian itu dia bermimpi sebagaimana dikatakan sendiri oleh Muhammad Ilyas al-Kandahlawi:
"Telah ditampakkan kepadaku dan telah dibisikkan kepadaku dalam mimpiku tentang tafsir surah Ali Imran ayat 110, firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang Ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
Maka dikatakan kepadaku:
إِنَّكُمْ مِثْلُ ألأَنْبِيَاءِ بُعِثْتُمْ لِلنَّاس
"Sesungguhnya engkau di utus untuk manusia seperti para Nabi."
Maka Maulana Muhammad Ilyas mendatangi guru tarekatnya, iaitu Rosyid Ahmad Al-kankuhi dan Asyrof Ali At-Thahanawi. atas saranan dua gurunya dan mimpi inilah, Maulana Muhammad Ilyas mendirikan Jamaah Tabligh yang bermarkaz di Daerah Nizhamuddin, India. Markaz ke-2 berada di Raywind, Pakistan dan markaz ke-3 berada di Kota Dhaka Bangladesh.
Maulana Muhammad Ilyas fiqihnya bermazhab Hanafi, akidahnya bermazhab As'ariyah Maturidiyah, dan beraliran Sufi dengan 4 tarekat iaitu:
1. Tarekat Naqsyabandiyah.
2. Sahruridiyah
3. Qadariyah
4. Jatsiyah
Asy Syaikh Muhammad bin Yahya an-Najmi dalam kitab beliau yang bertajuk Al Mauridul ‘Adzbu alhamdulillah sudah diterjemah dan diterbitkan oleh Cahaya Tauhid Press dengan tajuk Mengenal Tokoh-Tokoh Ikhwanul Muslimin dalam halaman 314 mengatakan :
1) Al-Quran tidak boleh ditafsirkan dengan kasyaf dan mimpi-mimpi sufi (seperti yang dilakukan Maulana Muhammad Ilyas) kerana kebanyakkan mimpi-mimpi itu bersumber dari syaitan.
2) Pendiri Jamaah Tabligh ini telah tenggelam dalam ajaran sufi, telah terfitnah oleh thaghut-thaghut dan menghabiskan waktunya dengan duduk di kuburan gurunya.
3) Pendiri Jamaah ini adalah penyembah kubur dan ahli khurafat, kebiasaannya duduk dan iktikaf di kuburan gurunya iaitu Nur Muhammad Al-Badayuni dan disamping kuburan tokoh sufi lainnya penganut pahaman wihdatul wujud iaitu Abdul Quddus Al-Kankuhi.
—————•
Manfaat dari kitab Al-Ustadz Abu Umamah Abdurohim bin Abdulqohhar Al-Atsary , Jamaah Tabligh : Kenyataan dan Pengakuan dan rujukkan tambahan dari Kitab Risalah Bid’ah karya Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat
___________________________
Bhenhar Jul Abdul Razak
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
_____________________________
Comments
Post a Comment