Syeikh Al Haj Nuh Bin Adam Najati

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Beliau adalah ulama agung Albania yang merupakan lulusan beberapa universiti di Istanbul.

Sekembalinya dari Istambul maka beliau menjadi rujukan kepada warga Albania dari mazhab Hanafi.

Ini kerana mazhab Rasmi Kerajaan Turki Uthmaniyah adalah Hanafi.

Selain daripada menguasai bidang agama, beliau juga adalah seorang Mekanik Jam dan memiliki perniagaan sendiri.

Lalu ketika naik pemimpin sekular, Ahmad Zogu di Albania, maka Syeikh Nuh Najati merasa bimbang dengan dirinya dan keturunannya. Dia harus Hijrah lantran dia adalah ulama yang dirujuk oleh rakyat Albania.

Sepertimana Imam As Syafie Hijrah pada 200H menuju Mesir ketika golongan Ya Hanana menguasai Baghdad. Maka atas sebab yang sama Syeikh Nuh Najati perlu pindah.

Lantas apa yang dibuat oleh Syeikh Nuh Najati? Ini yang menarik!

Syeikh Nuh Najati membacakan hadis-hadis keutamaan Syam kepada ahli keluarganya hingga ahli keluarganya merasa cinta dan berangkat menuju Damsyik tanpa ada keresahan.

Pekerjaan yang beliau jalani akhirnya diwariskan kepada puteranya; Syeikh Al-Albani.

Lantas ketika golongan jahil mencela Albani sebagai mekanik Jam, apakah mereka berani untuk mencela Syeikh Nuh Najati, Imam Besar Ke2 Masjd Agung Damsyik?


___________________________
Abu Amru Radzi Othman
_____________________________

Comments