Taqwa Satu-Satunya Jalan Cegah Kemungkaran.

 OLEH: Ustaz Abu Sufian Bin Shafie


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

(Surah Al A'raf, ayat 96)

Saya mempunyai sahabat dari Algeria dan saya lebih bersetuju dengan cara dan pandangan beliau. Negara mereka berpuluh kali lebih korup berbanding negara kita Malaysia. Akan tetapi rakyat mereka tidak sibuk untuk menguruskan fitnah yang melanda pemerintah mereka. mereka lebih sibuk bekerja mencari rezeki dan menuntut ilmu di pusat pengajian agama di Mauritanua sehinggakan pelajar di situ mendapat pujian daripada syeikh Madinah. Akhirnya mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya di eropah bahkan berjaya mengislamkan ramai warga eropah. Maka inilah contoh orang yang faham agama iaitu menjauhi serta memelihara diri dan keluarga dari fitnah.


Ramai diantara kita yang perasan kononnya sebagai seorang mujadid untuk mengubah moral masyarakat yang mana akhirnya dia sendiri yang akan terjebak dalam fitnah. Di dalam suatu qariah itu, jika penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, Allah akan hapuskan kebatilan dengan cara kehendak-Nya. Dalilnya adalah seperti di awal perenggan artikel ini.


Cuba kita lihat dakwah para Rasul. Mereka telah diutus untuk menyeru kaumnya kepada tauhid, sembah Allah serta meninggalkan toghut. Jika mereka terima ini, maka semua masalah masyarakat akan selesai. Namun begitu, kebanyakan kaum itu tetap degil maka Allah binasakan mereka semua yang ingkar.


Begitu juga pada zaman para salafussoleh. Sebagai contoh pada zaman imam Ahmad. Mereka(pengikut imam Ahmad yang haq) cuma sekadar menasihati pemerintah. Mereka tidak campur tangan terlalu banyak dalam kemaksiatan pemerintah..Mereka lebih fokus majlis ilmu, mendakwahkannya supaya dapat difahamkan kepada masyarakat tentang As Sunnah.


Kerana itulah tunjangnya.. iaitu takwa kepada Allah.. Wallahualam.

___________________________
Ustaz Abu Sufian Bin Shafie
_____________________________

Comments