Memahami Makna Hadis Pelacur Memberi Anjing Minum

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

1- Kita biasa dengar tentang kisah seorang pelacur pada zaman Bani Israel dengan seekor anjing yang hampir mati kerana dahaga.

2- Kisah ini ada dalam Sahih Muslim (2245)

3- Disebab perbuatan ini, Allah ampunkan dosa dosanya.

4- Perbuatan yang dibenci lagi dikeji adalah melacur atau berzina. Sedang perbuatan berbuat baik (ihsan) kepada semua jenis binatang adalah dipuji dan dimulia.

5- Sifat ihsan datang dari hati yang penyayang. Ada hadis sahih sebut : Orang-orang yang penyayang akan dikasihi oleh Allah Ar-Rahman (yang Maha Penyayang). Kasihilah kamu kepada mereka yang berada di atas muka bumi, nescaya Allah yang di atas langit akan mengasihi kamu. Riwayat Abu Daud (4941).

6- Kita dapat tahu, Allah benci perbuatan yang Dia larang, sedang Dia suka perbuatan yang Dia suruh.

Meski orang yang melakukan perbuatan yang dilarang & perbuatan yang disuruh itu adalah orang yang sama.

Zina = Dibenci.

Ihsan = Disukai.

7- Atas ihsan pelacur ini kepada makhluk, yang terlahir dari sifat penyayang yang ada dalam jantung hatinya, maka Allah ampunkan wanita ini.

8- Inilah yang mengajar kita. Allah S.W.T ampunkan semua dosa melainkan mati dalam kesyirikan.

Rebut peluang ini & kembalilah pada Allah.



[Gerakan PENA Malaysia]




Comments