OLEH: Abu Aqif
Hadis dari Ibn Abbas رضي الله عنه:
"Sekelompok orang yahudi mendatangi Nabi untuk menanyakan empat hal yang hanya diketahui oleh seorang nabi. Pada salah satu jawabannya, Nabi ﷺ mengatakan:
"Adakah kalian mengakui bahawa Israil adalah Yaaqub?"
Mereka menjawab: "Ya, betul."
Nabi ﷺ bersabda: "Ya Allah, saksikanlah." [HR. Daud At-Thayalisy 2846].
Perkataan "Israil" merupakan susunan dua kata israa dan iil yang dalam bahasa arab maksudnya shafwatullah (kekasih Allah).
Ada juga yang mengatakan israa dalam bahasa arab artinya 'abdun (hamba), sedangkan iil yang bermaksud Allah, sehingga Israil dalam bahasa arab ertinya Abdullah (hamba Allah). [lihat Tafsir At Thabari dan Al Kasyaf ketika menjelaskan tafsir surat Al Baqarah ayat 40].
Jadi, jelas di sini bahawa Israel dan Nabi Yaaqub عليه السلام merupakan individu yang sama.
Malangnya kaum Yahudi pada hari ini telah mengambil nama Israel untuk dijadikan sebagai nama negara haram mereka.
Padahal Nabi Yaakub bukanlah Nabi mereka, mereka telah kufur dengan ajaran Nabi.
Tidak layak untuk kaum Yahudi menggunakan nama Israel atas alasan apa sekalipun.
Namun berhati-hatilah apabila mencela. Benar mereka kaum terlaknat dan patut dicela.
Namun adalah tidak wajar apabila hendak mencela kaum Yahudi tetapi yang dihina adalah Nabi Yaakub.
Celaka Israel, Israel lanatullah, hancur Israel, jahanam Israel, bangsat Israel dan yang terbaru istilah IsraHell yang tular baru-baru ini tidak patut keluar dari mulut umat Islam.
Semua Nabi adalah milik umat Islam dan haram bagi kita mencela mereka.
Yang patut dicela adalah kaum Yahudi, bukan Nabi Yaakub/Israel.
Comments
Post a Comment