OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
Ada sebahagian pihak mendakwa guru mereka bertemu Rasulullah ﷺ dalam keadaan ‘jaga’.
Dakwaan sebegini musykil.
Kerana dua Sahabat paling dekat dan rapat dengan Rasulullah ﷺ, Abu Bakar al-Siddiq dan Omar al-Khattab di samping anak kesayangan baginda ﷺ, Fatimah binti Rasulillah radiallahu anhum, mereka semua tidak pernah mendakwa melihat atau bertemu Rasulullah ﷺ secara 'jaga' sesudah kewafatan baginda ﷺ.
Maklum bahawa para Sahabat merupakan manusia terbaik dalam kalangan umat ini yang dipuji oleh Allah ﷻ dalam Al-Quran dan dipuji oleh Rasulullah ﷺ dalam hadis sahih, dan jika bertemu Nabi ﷺ sesudah kewafatan baginda merupakan satu kebolehan dan kelebihan pastinya merekalah yang paling layak mendapat kedudukan tersebut.
Tetapi ini semua tidak pernah berlaku.
Bertemu Nabi ﷺ dalam mimpi tidak mustahil berbeza pula dengan dakwaan bertemu atau melihat Nabi ﷺ secara sedar dan jaga.
Ia adalah mustahil dan sesiapa yang mendakwa sedemikian jelas bermasalah.
Tidak kurang masalahnya jika mereka marah perkara ini dijelaskan.
Wallahul mustaan.
Comments
Post a Comment