OLEH: Abū Zur'ah al-Rāzī
Para salaf tidak pernah meningkari bahawa antara makna istiwa’ ‘ala adalah jalasa (duduk). Ini memang sabit dan sahih dalam Bahasa Arab. Allah swt istiwa’ (duduk) di atas arasy sebagaimana yang layak dengan keagunganNYA dan kebesaranNYA tanpa menyamai duduknya makhluk.
Mustahil Allah menggunakan perkataan yang tidak diketahui oleh Arab, menyembunyikan urusan aqidah, bab paling penting dalam agama.
Tidak mungkin seseorang hamba menyembah sesuatu yang ia tidak kenali.
Tiada yang mengenal Allah SWT melainkan salafiyyīn dan salafiyyāt
Mereka menyembah Allah SWT Tuhan yang maha pemurah dan penyayang, yang sentiasa memberi rezeki, yang mempunyai wajah yang cantik agung, yang berada di atas segala makhluk, di atas alam, istiwa' haqīqī dengan zatNya, duduk di atas arasy Nya, yang layak dengan keagunganNYA, tanpa menyamai istiwa’ makhluk.
Istiwa’ di atas arasy menurut ulama Bahasa Arab adalah julus (duduk di atas arasy).
قال عبد الله بن أحمد بن حنبل: حَدَّثَنِي أَحْمَدُ بْنُ سَعِيدٍ أَبُو جَعْفَرٍ الدَّارِمِيُّ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي يَقُولُ: سَمِعْتُ خَارِجَةَ، يَقُولُ: " الْجَهْمِيَّةُ كُفَّارٌ بَلِّغُوا نِسَاءَهُمْ أَنَّهُنَّ طَوَالِقُ، وَأَنَّهُنَّ لَا يَحْلِلْنَ لِأَزْوَاجِهِنّ َ لَا تَعُودُوا مَرْضَاهُمْ وَلَا تَشْهَدُوا جَنَائِزَهُمْ، ثُمَّ تَلَا {طه} [طه: 1] {مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى} [طه: 2] إِلَى قَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ {الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى} [طه: 5]
وَهَلْ يَكُونُ الِاسْتِوَاءُ إِلَّا بِجُلُوسٍ "
‘Abdullah ibn Ahmad ibn Hanbal berkata, mengatakan kepada saya Ahmad bin Sa’id Abu Ja’far al-Darimi, berkata: Saya mendengar ayah saya berkata: Saya mendengar Kharijah dia berkata:
"Golongan Jahmiyyah adalah kuffar, khabarkan kepada isteri-isteri mereka bahawa mereka telah tertalak, dan mereka tidak halal lagi untuk suami-suami mereka. Jangan kamu ziarahi orang sakit dari kalangan mereka dan jangan kamu hadiri jenazah-jenazah mereka.
Kemudian dia (Kharijah) membaca surah Taha ayat 1 hingga ayat 5, “al-Rahman di atas arasy dia maha tinggi.” Tidaklah istiwa’ di sini melainkan bermakna duduk.
(al-Imam ‘Abdullah ibn Ahmad, al-Sunnah)
.
.al-Hasan al-Basri dan ‘Ikrimah mengakui bahawa istiwa’ adalah julus (duduk).
قال الحكم بن معبد في كتاب الرؤية: حدثنا محمد بن حاتم، ثنا الفضل بن عباس، ثنا عبد الرحمن بن ثابت، عن يزيد بن هارون، عن عباد بن منصور، قال: سألت الحسن وعكرمة، عن قوله {الرحمن على العرش استوى}، قالا: جلس. اهـ
[وإسناده حسن]
Al-Hakam bin Ma`bad berkata dalam Kitab al-Ru’yah (Penglihatan kepada wajah Allah di Akhirat): Muhammad bin Hatim memberitakan kepada kami, berkata kepada kami al-Fadl bin ‘Abbas, berkata kepada kami ‘Abd al-Rahman bin Thabit, dari Yazid bin Harun, dari ‘Abbad bin Mansour, Dia berkata: Saya bertanya kepada al-Hasan (al-Basri) dan ‘Ikrimah tentang firman Allah:
عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى [طه: 5]
"ALLAH Yang Maha Penyayang berada di Arasy DIA istawa" (Taha: 5)
Al-Hasan dan ‘Ikrimah berkata, “Istawa bermakna jalasa (duduk).” (Isnadnya hasan)
Ini diperakui oleh ‘Uthman ibn Sa’id al-Darimi, ‘Abdullah, al-Khallal, Ibn Battah, al-Daraqutni, dll.
Ibn Mas’ud r.a. mengakui istiwa’ bermakna julus (duduk di atas Arasy).
قال الحكم بن معبد في كتاب الرؤيا: "ثنا موسى، ثنا روح بن عبادة، عن حماد بن سلمة، عن عطاء بن السائب، عن الشعبي، عن عبد الله رضي الله عنه أنه قال: {الرحمن على العرش استوى}، فقال: جالس. اهــ
Al-Hakam bin Ma'bad mengatakan dalam Kitab al-Ru'yah: "Berkata kepada kami Musa, (dia berkata) berkata kepada kami Rawh bin 'Ubadah, dari Hammad bin Salamah, dari 'Ataa' bin al-Sa'ib, dari al-Sha'bi, dari 'Abdullah, semoga Allah ridha kepadanya, bahawa dia berkata:
عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى [طه: 5]
“Yang Maha Penyayang berada di atas Arasy” (Taha: 5),
maka dia (‘Abdullah ibn Mas’ud) berkata: "DIA duduk."
.
‘Abd al-Wahhab ibn al-Hakam al-Warraq mengakui istiwa’ bermakna julus.
.قال الخلال: أخبرنا أبو بكر المروذي قال: سمعت عبدالوهاب يقول: {الرحمن على العرش استوى} قال: «قعد»
وقيل للإمام أحمد بن حنبل: من نسأل بعدك؟ فقال: سل عبد الوهاب.وقال الإمام أحمد: عبدالوهاب أهل يُقْتَدَى به، عافا الله عبدَالوهاب، عبدُالوهابِ إمامٌ، وهو موضعٌ للفتيا.
Al-Khallal berkata: Abu Bakr al-Marrudhi memberitahu kami, dia berkata: Saya mendengar 'Abd al-Wahhab (‘alim rabbani) berkata:
عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى [طه: 5]
“ALLAH Yang Maha Penyayang di atas Arasy DIA istawa.” (Taha: 5)
Dia ('Abd al-Wahhab) berkata: "DIA duduk."
.
Dikatakan kepada al-Imam Ahmad bin Hanbal:
Siapa yang patut kami bertanya fatwa setelah kamu?
Dia berkata: “Tanyalah 'Abd al-Wahhab.”
Dan al-Imam Ahmad berkata, “ 'Abd al-Wahhab adalah orang yang layak diikuti, semoga Allah memelihara 'Abd al-Wahhab. 'Abd al-Wahhāb adalah imam dan layak berfatwa.” Yakni ibn al-Hakam al-Warraq al-Baghdadi.
Ahmad ibn Hanbal berkata, ‘Abd al-Wahhab lelaki salih. Al-Nasaei berkata, “thiqah.”, juga wari’ zahid, wafat tahun 251H. Mengambil hadith darinya Abu Dawud, al-Nasaei, al-Tirmidhi, anaknya al-Hasan, Abu Bakr ibn Abi al-Dunya, Abu al-Qasim al-Baghawi, ‘Abdulah ibn Abi Dawud, Yahya ibn So’id dan al-Mahamili.
Dalam beragama, wajib mengikuti alim yang sādiq (benar) iaitu ustaz salafī. Itulah jamaah muslimin.
Awas terhadap pas dan tabligh yang menzahirkan Islam sedangkan mereka itu pemecah belah umat, mengajak kepada khuruj dan bid'ah-bid'ah.
Di sisi mereka, tiada masalah syirik wahdatul wujud, Jahmiyyah, Shī'ah bātiniyyah, qubūriyyah musyrikin, syirik demokrasi, asalkan menyokong, menyertai dan mengundi mereka. Adakah mereka mengajak kepada tawhīd, sunnah dan hadith-hadith sahīh? Tidak!
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment