OLEH: Abu Aqif.
Hanya Nabi Adam dijadikan dari tanah. [Tafsir Ibnu Katsir Al-A'raf: 12].
Hanya Hawa dijadikan dari tulang rusuk. [Tafsir at-Thabari, 21/254].
Selain dari itu, manusia dijadikan dari pensenyawaan air mani, [QS. Yasin: 77, HR. Bukhari, no. 6594 dan Muslim, no. 2643] kecuali Nabi Isa tanpa pensenyawaan air mani melalui ibu baginda, Maryam. [Tafsir Ibnu Katsir At-Tahrim: 12].
https://www.facebook.com/abdulrahmanabdollah/posts/3114049755533477
Kesimpulannya kejadian manusia hanya ada 4 cara sahaja sebagaimana kenyataan Ibnu Katsir رحمه الله,
"Allah تعال menciptakan nenek moyang mereka, iaitu
(1) Adam tanpa ayah dan ibu.
(2) Allah menciptakan Hawa dari lelaki tanpa wanita.
(3) Lalu Allah menciptakan seluruh keturunannya dari lelaki dan wanita, kecuali
(4) Isa عليه السلام yang diciptakan dari wanita tanpa lelaki.
Dengan demikian, lengkaplah empat cara adanya keturunan yang menunjukkan kesempurnaan kuasa Allah dan keagungan kewenangan Allah. Tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) selain Allah dan tidak ada Rabb selain-Nya." [Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, 5:216].
Sebab itu teori sains kononnya manusia berasal dari monyet tertolak.
Banyak teori sains yang bertentangan dengan Agama ditolak, ia bukan perkara baharu.
Tetapi yang kelakarnya ada seorang ustaz mendakwa manusia berasal dari cahaya. Dan ustaz itu mengaitkan teori itu dengan sains.
Bukan sahaja teori ini ditolak oleh Agama, bahkan sains pun menolak. Mana ada satu teori sains pun mendakwa manusia berasal dari cahaya.
Tapi at least kali ini ustaz tersebut ada la juga bagi sumber rujukannya. Namun malangnya rujukannya itu juga tertolak kerana diambil dari filem fiksyen Ant-Man, orang semut.
Kononnya jika manusia boleh mengecil sekecil-kecil kejadian, ia akan masuk dunia cahaya. Ah, itu kan fiksyen.
Fiksyen maksudnya imaginasi, rekaan atau lebih tepat tipu atau bohong. Sumber Agama dari fiksyen?
Kita semua maklum bahawa ada satu ajaran sesat yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad diciptakan dari cahaya Allah dan segala dunia dan alam semesta dicipta dari cahaya Muhammad (Nur Muhammad).
Inilah keyakinan yang dibawa oleh ajaran Sesat Wahdatul Wujud. Ajaran ini telahpun difatwakan sesat oleh JAKIM.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2000 telah memutuskan bahawa "Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam".
Tidak mustahil ustaz tersebut cuba melogikkan ajaran sesat ini dengan sains, kononnya manusia dari cahaya, memandangkan Nabi Muhammad juga dari cahaya, kononnya.
Tetapi Alhamdulillah, ramai yang tidak bersetuju dengan ustaz tersebut. Ramai yang sudah faham, Agama ini apa-apa pun mesti ada dalil, mesti ada rujukan yang sahih.
Cuma yang hairannya di negara kita ini, ustaz-ustaz yang mengajar bersumberkan rujukan yang sahih disekat-sekat tetapi ustaz-ustaz yang mengarut seperti ini bebas pula menyebarkan kesesatannya.
Dunia oh dunia..
Kredit:
1. Fatwa JAKIM
2. rumaysho.com
3. almanhaj.or.id
4. konsultasisyariah.com
Comments
Post a Comment