Tadarus Mengkhatamkan Al-Quran

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

# Meluruskan salah faham

Sekiranya setiap ahli tadarus membaca seluruh 30 juzuk Al-Quran maka benar setiap mereka telah mengkhatamkan bacaan Al-Quran.

Adapun sekiranya setiap ahli hanya membaca bahagian tertentu daripada Al-Quran lalu mereka menganggap diri mereka telah mengkhatamkan bacaannya maka hakikatnya ini sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan.

Adalah mengelirukan jika dikatakan telah mengkhatamkan Al-Quran secara berjemaah sekiranya realitinya setiap ahli tadarus itu hanya telah membaca sebahagiannya sahaja. 

Ini kerana tuntutan Syariat supaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran ditujukan kepada individu; bukan secara berkumpulan.

Seperti mana halnya dengan tuntutan mengkhatamkan hafazan Al-Quran. 

Tidak boleh dikatakan telah mengkhatamkan hafazan Al-Quran jika realitinya hanya telah menghafal sebahagiannya sahaja.

Walau apapun, Muslim dianjurkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadan. Jika dapat dikhatamkan maka ia sangat baik. 

Membacanya secara tadarus pun sangat dianjurkan dengan seorang membaca manakala yang lain mendengar; secara bergilir-gilir atau hanya seorang yang membaca. 

Adapun membaca Al-Quran secara beramai-ramai dengan serentak atau bersendirian tanpa sesiapa menyemak maka itu bukan tadarus

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments