Mudahnya Solat Fardhu

 OLEH: Zulfikar Egar


Mudah saja nak solat fardhu ni sebenarnya.

Bila sampai masa masuknya waktu solat. Solatlah seawal waktu. Usah ditunggu mahupun dilengah-lengah. Nanti terbabas akhirnya.

Lagi senang, bila masuk saja waktu azan. Terus pergi solat berjemaah di masjid surau.

Alhamdulillah, kini dah endemik bukannya pandemik lagi. Jadi masjid dan surau sudah terbuka luas seperti biasa. Dah tak ditutup lagi.

Jadi, lama kelamaan kita akan terbiasa. Ibarat lapar kiita akan makan dan minum dengan segera.

Seperti mana semasa waktu nak berbuka puasa. Kita boleh siap tunggu depan juadah lagi untuk berbuka sambil, telinga peka dengan laungan azan manakala mata lirik melihat jam masuknya waktu maghrib.

Oleh itu, mengapa solat tidak dilakukan sebegitu?

Fikir-fikirkanlah.



[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments