Baik Sangka Jangan Salah Tempat

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


- Masa depan negara di tangan anda? 

- Jihad mengundi

Pada dasarnya Muslim disuruh bersangka baik dengan saudaranya. 

Firman Allah ﷻ:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞ.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu ialah dosa.”

[Al-Quran, al-Hujurat, 49:6]

Ayat di atas perintah supaya menjauhi sangkaan buruk dengan sesama Muslim. 

Cuma, apa yang ditegah adalah sebahagian daripada sangkaan itu, bukan kesemuanya. 

Ini kerana sebahagian sangkaan buruk itu ada yang dibolehkan khususnya jika ia didasari tanda-tanda, sebab-sebab dan bukti-bukti. 

Adapun sabda Nabi ﷺ: 

إِيَّاكُمْ ‌وَالظَّنَّ، فَإِنَّ‌‌ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ.

“Janganlah kamu bersangka-sangka kerana sesungguhnya bersangka-sangka itu adalah sebesar-besar pembohongan.” 

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Larangan bersangka buruk dalam hadis di atas merujuk kepada sangkaan buruk yang tidak berasas. 

Adapun sangkaan buruk yang berasas maka ia dibolehkan. 

Ini bermakna, berbaik sangka ada tempatnya dan berburuk sangka ada tempatnya.

Berbaik sangka itu dianjurkan tetapi jika ia sudah menyalahi hakikat kenyataan maka ia akan bertukar menjadi kebodohan dan kecuaian. 

Justeru usahlah melampau dalam berbaik sangka kerana ia akan mengundang kekecewaan. 

Dengan kata lain, berbaik sangka haruslah dilingkari kewaspadaan, berhati-hati dan berjaga-jaga. 

Adapun dengan musuh, Muslim wajib berburuk sangka dengannya.  


MASA DEPAN NEGARA DI TANGAN ANDA ❌ 

Segala ketentuan di tangan Allah ﷻ. Manusia disuruh berusaha dan berikhtiar tetapi Allah ﷻ jualah penentunya. Apa yang pasti, apa jua kebaikan yang diperoleh adalah daripada Allah ﷻ dan apa jua bencana adalah daripada perbuatan tangan manusia itu sendiri (Al-Quran, al-Nisa, 4:79). 


JIHAD MENGUNDI 

Dahulu umat Islam mempertahankan negara dengan berjihad di medan perang. Kini jihad dengan mengundi khususnya dengan musuh-musuh gigih mahu menguasainya. 




[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments