Batasan Toleransi

 OLEH: Dr Idris Sulaiman

 Bagimu agamamu dan bagiku agamaku

Sikap terbuka dan berlapang dada menerima perbezaan secara umum sememangnya baik dan dianjurkan.

Sekalipun demikian ia ada batasannya seperti mana dalam banyak perkara anjuran yang lain.

Muslim tidak boleh bertoleransi dan berkompromi dalam hal-hal yang haram.

Kerana firman Allah ﷻ:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ.

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam hal-hal kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu bersekongkol dalam hal-hal dosa dan permusuhan.”

[Al-Quran, al-Ma’idah, 05:02]

Apatah lagi jika melibatkan aspek menjaga identiti Muslim dan memelihara akidah dan agama.

Ini kerana Allah ﷻ berfirman:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُ.

“Sesungguhnya agama (yang benar) di sisi Allah (hanyalah) Islam.”

[Al-Quran, Aali Imran, 03:19]

Hanya agama Islam dinilai benar di sisi Allah ﷻ.

Maka Muslim tidak boleh terlibat dalam apa jua acara keagamaan yang lain, termasuklah dengan memakai pakaian yang menjadi simbol kepercayaan mereka kerana ia dilihat merestui dan meredai agama tersebut sedangkan ini dilarang oleh agama.

Justeru prinsipnya mudah, bagimu agamamu dan bagiku agamaku.

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ.

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."


CATATAN

Toleransi menjaga perhubungan antara masyarakat pelbagai kaum digalakkan tetapi jangan sampai melanggar batasan agama dan menggadaikan akidah.

Kata Omar al-Khattab:

نَحْنُ قَوْمٌ أعزَّنا اللهُ بِالإسْلامِ فَمَهْمَا ابْتَغَيْنَا العِزَّةَ فِي غَيْرِهِ أذَلَّنَا اللهُ.

“Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam maka sekiranya kita berusaha untuk mendapatkan kemuliaan itu dengan selainnya maka Allah akan menghina kita.”




[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments