Khianat Diri Sendiri

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


- Maksud ‘Ikhtian’

Seperti mana seseorang itu boleh mengkhianati orang lain dia juga boleh mengkhianati dirinya sendiri. 

Dengan menjebakkan diri dalam maksiat. 

Sedangkan maksiat merupakan asbab yang menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam api neraka, nauzubillah.

Maka dengan perbuatan maksiat seseorang itu sebenarnya menganiaya dirinya sendiri serta mendatangkan kecelakaan ke atas dirinya.

Ini khianat. 

Khianat ke atas diri sendiri walhal ia merupakan suatu amanah yang perlu dijaga dan dipelihara sebagaimana firman Allah ﷻ “Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” 

[Al-Quran, al-Tahrim, 66:6]

Kerana itu Allah ﷻ berfirman: 

عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَخۡتَانُونَ أَنفُسَكُمۡ.

“Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri kamu sendiri.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:187] 

Iaitu dengan kamu menzaliminya dengan perbuatan yang menjebakkan diri dalam dosa sehingga layak mendapat hukuman.  

‘Ikhtian’ bermaksud khianat diri sendiri. 

‘Ikhtian’ lebih berat daripada khianat.  

- Tafsir Surah al-Baqarah, 

Ibnu Uthaimin

- Tafsir al-Baidhawi, 

1/126

Wallahul musta’an.



[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments