Ustaz Engku Fadzil , Ustaz Ahmad Rozaini : Label Ekstrem

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


- Ustaz Ahmad Rozaini 

- Ustaz Engku Fadzil

Dakwah Salafi menekankan supaya semua amal ibadah termasuklah doa ditujukan terus kepada Allah ﷻ semata-mata tanpa sebarang perantara. 

Ini penting bagi menjauhi syirik sebagaimana firman Allah ﷻ: 

وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّٰغُوتَ. 

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan setiap umat seorang rasul (dengan memerintahkannya supaya menyeru umatnya): “Hendaklah kamu menyembah Allah (semata-mata) dan jauhilah taghut (sembahan-sembahan selain Allah)."

[Al-Quran, al-Nahl, 16: 36] 

Ternyata bahawa sebahagian pihak seperti Ustaz Ahmad Rozaini dan Ustaz Engku Fadzil merasa tidak senang dengan dakwah mulia ini yang mengajak kepada tauhid serta membanteras syirik dalam segala bentuknya. 

Mereka sampai melabelnya sebagai ekstrem. 

Di samping menolak dakwah ini Ustaz Engku Fadzil berterus terang membolehkan perbuatan berdoa dan menyeru nama selain Allah ﷻ. 

Menurut beliau berdoa meminta tolong melalui makhluk dibolehkan.  

Bertambah pelik apabila beliau sampai menganggap bahawa perbuatan Muslim berdoa meminta hajatnya melalui makhluk-makhluk seperti pokok diharuskan.

Jelasnya ini sangat mengelirukan. 

Sedangkan dakwah para nabi dan rasul semenjak Nabi Adam sampailah ke junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ tertumpu pada menyeru masyarakat kepada mengesakan Allah ﷻ dalam doa serta ibadah-ibadah lain di samping menjauhi syirik dan khurafat. 

Firman Allah ﷻ: 

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِيٓ إِلَيۡهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعۡبُدُونِ.  

“Dan tidaklah Kami mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang rasul melainkan Kami wahyukan kepadanya: Sesungguhnya tiada sembahan kecuali Aku maka beribadatlah kamu kepadaKu (semata-mata)."

[Al-Quran, al-Anbiya’, 21: 25] 

Nabi ﷺ sampai memerangi kaum musyrikin kerana menyekutukan Allah ﷻ melalui perantara-perantara seperti berhala, patung, pokok, batu, bulan, bintang dan sebagainya. 

Ya benar, kaum musyrikin Mekah percaya kepada Allah ﷻ sebagaimana firmanNya: 

وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَهُمۡ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُۖ فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ.

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” Sudah tentu mereka menjawab: "Allah!" (Jika demikian) mengapa mereka rela dipesongkan (daripada menyembah dan mengesakanNya)?”

[Al-Quran, al-Zukhruf, 43: 87]

Kaum Musyrikin Mekah menganggap bahawa berdoa dan beribadah kepada Allah ﷻ secara langsung tidak wajar dan tidak beradab lalu kerana itu mereka mengada-adakan perantara-perantara seperti berhala, pokok dan sebagainya sebagaimana kenyataan mereka dalam firmanNya: 

وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦٓ أَوۡلِيَآءَ مَا نَعۡبُدُهُمۡ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَآ إِلَى ٱللَّهِ زُلۡفَىٰٓ. 

“Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain daripada Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya.” 

[Al-Quran, al-Zumar, 39: 3] 

Ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa tujuan orang-orang musyrikin Mekah mengada-adakan perantara-perantara ialah supaya ia dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah ﷻ sedekat-dekatnya. 

Sekalipun demikian perbuatan mereka tetap ditolak dan dianggap batil.

Firman Allah ﷻ: 

ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦ هُوَ ٱلۡبَٰطِلُ. 

“Sesungguhnya Allah, Dia lah sahaja Tuhan yang sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka seru dan sembah selain daripada Allah adalah batil lagi palsu.”

[Al-Quran, al-Haj, 22: 62] 

Justeru Allah ﷻ memberi ancaman ke atas pelaku-pelaku syirik bahawa mereka akan diharamkan masuk syurga dan akan dicampakkan ke dalam api neraka di akhirat nanti.  

إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُ. 

“Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka sesungguhnya Allah haramkan ke atasnya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka.”

[Al-Quran, al-Maidah, 5: 72]

CATATAN

Antara mereka yang mengajak kepada tauhid serta membasmi syirik dengan mereka yang membolehkan Muslim berdoa meminta daripada pokok, siapa yang ekstrem sebenarnya?

Mengata dulang paku serpih...







[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments