OLEH: Abu Aqif
Dari Tsauban, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلاَقًا فِى غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ
“Mana-mana wanita yang meminta cerai tanpa ada alasan yang jelas, maka haram baginya mencium bau syurga.” [HR. Abu Daud no. 2226, Tirmidzi no. 1187 dan Ibnu Majah no. 2055. Disahihkan Abu Isa At Tirmidzi dan Al Hafizh Abu Thohir].
Ibnu Hajar berkata,
أن الأخبار الواردة في ترهيب المرأة من طلب طلاق زوجها محمولة على ما إذا لم يكن بسبب يقتضى ذلك
“Sesungguhnya hadis-hadis yang datang tentang ancaman terhadap wanita yang meminta cerai, dibawakan kepada jika si wanita meminta cerai tanpa sebab.” [Fathul Baari 9/402].
Rasulullah ﷺ juga bersabda,
الْمُخْتَلِعَاتُ وَالْمُنْتَزِعَاتُ هُنَّ الْمُنَافِقَاتُ
“Para wanita yang khuluk dari suaminya dan melepaskan dirinya dari suaminya, mereka itulah para wanita munafik” [Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah no 632].
Iaitu para wanita yang mengeluarkan pembelanjaan untuk meminta cerai dari suami mereka tanpa ada uzur yang syarie. [At-Taisiir bi Syarh Al-Jaami’ As-Shogiir 1/607].
Hukum Isteri Minta Cerai Kerana Suami Poligami
Fatwa Syaikh Soleh bin Fauzan Al Fauzan
Soal:
Bolehkah seorang isteri meminta cerai kepada suaminya kerana suaminya tersebut menikah lagi dengan wanita lain?
Jawab:
Jika suaminya menikah lagi maka itu merupakan kurniaan dari Allah. Allah تعال membolehkan hal itu.
Adapun mengenai si isteri yang meminta cerai, jika suaminya tersebut melalaikan hak-hak si isteri dan tidak menunaikannya, maka boleh bagi si isteri untuk meminta cerai.
Adapun jika si suami menikah lagi, dan dia sudah berlaku adil kepada isteri-isterinya dan menunaikan apa yang wajib baginya, maka si isteri tidak boleh meminta cerai. Nabi ﷺ bersabda,
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلاَقًا فِى غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ
“Mana-mana wanita yang meminta cerai tanpa ada alasan yang jelas, maka haram baginya mencium bau syurga.” [HR. Abu Daud no. 2226, Tirmidzi no. 1187 dan Ibnu Majah no. 2055. Disahihkan Abu Isa At Tirmidzi dan Al Hafizh Abu Thohir].
Maka tidak boleh meminta cerai semata-mata kerana si suami menjalankan hal yang dibolehkan oleh Agama. Dan poligami itu mubah, walhamdulillah. Bahkan terkadang sunnah. Dan si isteri memiliki hak yang wajib ditunaikan oleh suaminya. Demikian.
Kredit:
1. firanda.com
2. muslim.or.id
Comments
Post a Comment