OLEH: Dr Idris Sulaiman
Segelintir masih mempertahankannya dengan istilah-istilah berbunyi Islamik.
Sedangkan Allah ﷻ memerangi pemakan riba.
Firman Allah ﷻ:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ. فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡب مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ.
“Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang beriman. Jika kamu tidak berbuat demikian maka ketahuilah bahwa Allah dan RasulNya memerangi kamu.”
Sabda Nabi ﷺ:
لَعَنَ رسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبا ومُوكِلَهُ وكاتِبَهُ وشاهِدَيْهِ.
“Rasulullah ﷺ melaknat orang yang memakan riba, orang yang memberi makan riba, penulisnya (perjanjian transaksinya) dan kedua-dua saksinya”.
[Sahih. Riwayat Muslim]
Semua yang terlibat dengan riba diancam.
Betapa jijik dan buruknya riba.
Sabda Nabi ﷺ:
الرِّبَا ثَلَاثَةٌ وَسَبْعُونَ بَابًا، أَيْسَرُهَا مِثْلُ أَنْ يَنْكِحَ الرَّجُلُ أُمَّهُ.
“Riba mempunyai tujuh puluh tiga pintu (dosa) dan pintunya yang paling ringan ialah seperti seseorang yang berzina dengan ibunya.”
[Sahih. Riwayat al-Hakim]
-------------------
Kewangan Islam ada unsur menindas: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/kewangan-islam-ada-unsur-menindas/?fbclid=IwAR0kZyDSDVuYShZ3Bz6L9Ou2ycOouBCl62AflmncEyVgl6I3Q0Gwnw_H6b4
-------------------
Bank Riba vs Islamic Banking
http://gerakanpenamalaysia.blogspot.com/2020/03/bank-riba-vs-islamic-banking.html
-------------------
KOMEN ARTIKEL 'BAHANA RIBA'
Rentetan tulisan semalam bertajuk 'Bahana Riba' ada yang memberi komen di bawah:
"Rata-rata dah kena brainwashed sehingga susah nak keluar dari 'sistem' jika letak IFP (Perunding Kewangan Islam) di belakang nama tu.
Mereka rasa macam ada lesen besar cakap pasal Islamik banking.
Ramai juga kawan-kawan yang grad dari IBFIM jadi so-called Islamic Financial Planner, rata-rata jual takaful, Islamik banking produk tetapi tanpa sedar akhirnya mereka semakin hanyut dalam apa yang diperangi Allah dan RasulNya.
Kalau dilihat secara halus, produk-produk banking yang ada ni banyak copycat dari konvensional bank, pendek kata, jika konvensional banking ada produk tu dan laris, Islamik banking pun nak juga produk sedemikain rupa.
Cuma di'muslihat'kan untuk jadikannya 'islamik'... tasyabbuh dengan Yahudi, pasang jala hari Jumaat, ambil hari Ahad, sebab tak boleh menjala hari Sabtu...
Akhirnya, orang yang pinjam dari Islamik banking ni pun bayar lebih dari pinjamannya dengan pelbagai alasan seperti, atas dasar jualbeli, kos pengurusan, tanggungjawab penghutang, kadar % sudah ditetapkan upfront dan tidak berubah² dan sebagainya.
Alhamdulillah saya bersyukur dapat keluar dari 'sistem' itu. Mudah-mudahan istiqomah hingga dijemput ajal."
- Penulis adalah bekas Perunding Pelaburan sebuah bank tanahair.
Daripada Allah ﷻ jua kita memohon petunjuk.
Comments
Post a Comment