Bangsa Mana Yang Tertindas Sepanjang Tertubuh Negara Malaysia?

OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya



Usia Malaysia 61 tahun. ICERD pula 50 tahun. Dah berpuluh kali diratifikasi. Pernahkah warga bukan bumiputra ditindas dalam tempoh ini???Anda semua ada jawapannya.

Malaysia bawah kerajaan dahulu tak pernah endah untuk sertai apa-apa perdebatan atau perbincangan untuk membentuk perjanjian konvensyen ini. Tidak pernah Malaysia terkesan dengan apa-apa tekanan antarabangsa pun. Kita juga hampir tidak pernah saksikan bantahan-bantahan serius seperti demonstrasi jalanan oleh para pejuang comango dan sekutu-sekutunya, kerana mereka juga sedar hanya kerajaan yang mampu menentukannya. Sekarang ini pun tiada sebab untuk kerajaan meratifikasi satu perjanjian yang kita tak pernah ambil peduli pun selama ini apa yang dibahaskan sepanjang lebih 5 dekad ini. Sebaliknya tekanan yang sedang diterima dan patut diambil  peduli sekarang ialah respon ahli ilmu dan para pakar undang-undang dan perlembagaan nasional yang majoritinya menyuarakan solidariti mereka membangkang ratifikasi Malaysia bersama ICERD.

Saya seru semua sahabat-sahabat Muslim dan bukan Muslim yang menjunjung perlembagaan negara sama-sama menunjukkan solidariiti menolak usaha ratifikasi ICERD ini. Sebaik-sebaik usaha ialah penerangan ilmiah dan berhemah dengan fakta dan rasional. Jika ramai boleh terpekik memperjuangkan isu pendidikan percuma, harga barang murah, harga petrol rendah, isu ICERD ini adalah tidak jauh beza pentingnya bahkan ia bakal memberi impak negatif kepada keharmonian dan kestabilan hidup masyarakat majmuk yang selama ini kita semua nikmati. Kerana 50 tahun tanpa ICERD, kita hidup dengan perselisihan kaum dan agama yang amat minimum dalam keadaan kita adalah antara negara yang paling unik kepelbagaian bangsa dan etniknya, dan kita umumnya telah hidup sebagai warga bangsa Malaysia yang murni budi bahasa dan persefahaman kita.

Saya dapat maklumat Menteri Agama bakal mengadakan (atau mungkin dah) pertemuan dengan beberapa pimpinan NGO Islam dan Melayu berkaitan isu ini. Harapnya para tokoh undang-undang dan perlembagaan serta para Mufti juga dilibatkan sama. Rahmatan lil alamin perlu didahulukan kepada Muslimin.

Ayuh usaha sedikit untuk sign petition bantah ratifikasi ICERD!

https://www.change.org/p/pendokong-perlembagaan-bantahan-ratifikasi-konvensyen-antarabangsa-icerd?signed=true&fbclid=IwAR1ddp1c7KrxiLK2IiOnhU5tGHxDtXqNt9TNd4Srtnxd2PCMd3z95-bM52c



___________________________
~ Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya ~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments