Bersedih Di 1 Syawal

OLEH: Taufiq Tuah

1 Syawal merupakan hari lebaran. Aidilfitri yang mana hari kemenangan selepas berjaya menjalani sebulan berpuasa. Maka banyaklah hadis yg menggalakkan kita untuk bergembira pd waktu itu.
Pelik, apabila org Nusantara lebih memilih untuk bersedih pada 1 Syawal sedangkan Rasulullah SWT menggalakkan kegembiraan.

Takbir raya yg sepatutnya menjadi seruan-seruan kemenangan, sengaja dibaca mendayu-dayu di nusantara. Sehinggakan media masa mengaitkan takbir raya dgn kubur dan arwah. Ini telah berlanggar dgn makna disebalik takbir raya itu sendiri.

Tabiat org nusantara juga ialah menangis di pagi syawal ketika sedang bersalam-salaman dgn ahli keluarga. Sebenarnya, budah maaf-memaafkan ini sememangnya baik dan ia tidak di khaskan pada 1 Syawal sahaja. Namun, menangis di waktu keramaian itu telahpun membawa kepada kesedihan.

Menziarahi kubur pada 1 Syawal juga ialah perbuatan yg sepatutnya dihentikan. Sebenarnya, sama sahaja kita menziarahi kubur pada 1 Syawal dengan tarikh-tarikh yg lain. Maka sepatutnya boleh sahaja kita memilih waktu selain 1 Syawal untuk menziarah kubur bagi mengelakkan kesedihan di Aidilfitri. Memandangkan pergi ke kubur itu membawa suasana sedih yg nyata. Boleh sahaja berziarah pd hari terakhir Ramadhan atau pada 2 Syawal.

Adapun berbeza halnya bagi seorang ibu yg menangis atas kepulangan anaknya yg sudah lama tidak ketemu di 1 Syawal. Maka tangisan itu ialah tangisan gembira yg dibenarkan.

Wallahualam

[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments