Kami Memohon Keampunan-Mu Ya Allah

OLEH: Ustaz Ahmad Hasyimi


Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hanbaliy rahimahuLLAHu Ta'ala berkata :

"Seorang mukmin tidak selayaknya (bagi dia) untuk memasuki waktu pagi dan petang hari kecuali diatas taubat. Kerana ia tidak tahu bila kematian akan menjemputnya secara tiba-tiba, apakah di pagi hari ataukah petang hari.

Barangsiapa memasuki waktu pagi atau petang hari tanpa taubat, maka dia berada dalam bahaya. Kerana dikhawatirkan ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak bertaubat, lalu ia pun dikumpulkan kedalam golongan orang-orang zalim.

Allah Ta'ala Berfirman :

{ومن لم يتب فأولئك هم الظالمون}
"Dan barangsiapa belum bertaubat maka mereka adalah orang-orang yang zhalim"
[Latha`iful Ma'arif, hal: 344]

Istaqomahkah kita dalam melaksanakan zikir pagi dan petang?

Paling malang masih ada yang belum pernah membaca walaupun sekali zikir zikir diwaktu pagi dan petang yang Nabi s.a.w ajarkan kepada kita.

Kepada yang berjaya istiqomah, itu lah antara sebaik baik rezeki kurniaan Allah kepada kita! Lebih mahal dari kereta berjenama!

Dah zikir petang?

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!




___________________________
~Ustaz Ahmad Hasyimi~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments