Mazhab Fiqah Yang Pernah Wujud Dalam Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Berikut adalah beberapa mazhab dalam bidang fiqh yang pernah muncul suatu ketika dahulu tetapi telah berkubur pada masa ini.

Mazhab-mazhab ini sempat berkembang di dunia Ahlu Sunnah tetapi ia tidak bertahan lama semacam empat mazhab yang masih wujud pada hari ini. Mazhab yang telah hilang ini, saya istilahkan sebagai 'Mazhab Proto'.

Perlu kita ketahui bahawa kesemua imam mazhab ini menganut sejenis mazhab aqidah sahaja iaitu Aqidah Salaf, yang hari ini di label sebagai Wahabi.

Mengetahui akan wujudnya pelbagai mazhab fiqh dalam jasad Ahlu Sunnah, akan mampu menghilangkan taksub mazhab yang sangat tebal dalam diri sesetengah orang.

Berikut adalah mazhab proto tersebut:

(1) Mazhab Laitsi : Imam Laits bin Saad

(2) Mazhab Auza'i : Imam Abu Amir Al Auza'i

(3) Mazhab Tsauri : Imam Sufyan At Tsauri

(4) Mazhab Sufyani : Imam Sufyan bin Uyainah

(5) Mazhab Ishaqi : Imam Ishaq bin Ibrahim (Ibn Rahawaih)

(6) Mazhab Abu Tsaur Al Kalabi : Imam Ibrahim bin Khalid al Kalabi

(7) Mazhab Dzahiri : Imam Daud bin Ali Al Asbahani

(8) Mazhab At Tabari : Imam Muhammad bin Jarir At Tabari

(9) Mazhab Nakha'i : Imam Syarik bin Abdullah an Nakha'i

(10) Mazhab Ibnu Abi Laila : Imam Abdirrahman bin Abi Laila

(11) Mazhab Ibnu Syubrumah Al Kufi : Imam Abdullah bin Syubrumah as Shini al Kufi


___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments