Antara Penyebab Heraklius Percaya Kenabian Muhammad

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Ketika surat Muhammad dibaca kepadanya maka ketahuilah olehnya bahawa Muhammad itu benar seorang Nabi.

Setelah berlalu 300 tahun, tidak ada orang yang tahu tentang Golongan Arius!

Malah umat Islam pun tidak mengetahui siapakah 'Arisun' yang disebut oleh Nabi Muhammad dalam surat tersebut. Mereka menyangka bahawa itu adalah golongan petani. Namun itu salah besar.

Nabi Muhammad hanya menyebutkan bahawa segala penderitaan dan penindasan yang dialami oleh Golongan Arius akan ditanggung oleh Heraklius jika dia enggan kembali kepada mentauhidkan Allah.

Kenapa harus ditanggung oleh Heraklius?

Ini kerana nenek moyang Heraklius lah yang mewujudkan Persidangan Nicea dan Maharaja Rom lah yang memutuskan kaum Arius patut dibunuh dan segala Injil dan kitab milik Arius akan dibakar.

Agama Pagan campuran iaitu Kristian Roman Katolik diangkat menjadi rasmi.

Maharaja dan para Uskup Roman Katolik pun melaksana dasar penghapusan kaum Arius.

Akibatnya golongan Arius yang mengikuti ajaran asli Esau melarikan diri dan bersembunyi.

Lama kelamaan tidak ada orang yang mengetahui akan wujud mereka.

Lantas bagaimana Muhammad mengetahuinya? Tidak lain dan tidak bukan; dia mendapat perkhabaran dari langit!

Dan Heraklius pun sedar bahawa ancaman yang terkandung dalam surat tersebut pasti terjadi.

Tapi apakan daya, dia lebih cinta pada dunia dan kerusinya. Kerusi yang bisa memabukkan hingga menyebabkan seorang ditabal "Mufti Lantikan Kali Kedua".


___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments