Bulan Antara Jumadil Akhir Dan Syaaban

OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi


Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحَجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
"Zaman berputar bentuknya sebagaimana ketika hari Allah mencipta langit dan bumi. Setahun ada dua belas bulan, empat diantaranya bulan haram, tiga bulan darinya berturut-turut, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, serta Rejab Mudhar (*) yang berada diantara bulan Jumadil akhir dan Sya'ban. (HR. Bukhari: 6893) - http://hadits.in/bukhari/6893

(*) Ibnul Athir dalam An-Nihayah berkata: “Disandarkan kata-kata (bulan) Rejab dengan Mudhar, kerana mereka (kabilah Mudhar) memuliakannya berbeza dengan lainnya, dari situ mereka seakan-akan mengistimewakannya.”



Firman Allah SWT:
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَاۤ أَرۡبَعَةٌ حُرُمࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلدِّینُ ٱلۡقَیِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُوا۟ فِیهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)... " [Surah At-Tawbah 36]

Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah berkata:
"Ayat Al-Quran di atas memberitahu bahawa Allah ingin memperlihatkan bagaimana keagunganNya yang telah mencipta langit dan bumi serta menjadikan siang dan malam yang mengikuti aturan orbitnya. Dialah juga yang mencipta pada langit itu matahari, bulan dan bintang.
Matahari dan bulan diciptakan untuk sentiasa beredar mengikut orbitnya serta menghasilkan tindak balas kepada kejadian gelap pada waktu malam dan terang cerah pada waktu siang..."
 (Lato-iful-Ma'arifi Fima Limawasimil-'Aami minal-Wazhaif, Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali)

[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments