Kronologi Sejarah Berdarah Di Makkah

OLEH: Taufiq Tuah

Dalam catatan sejarah ketika musim Haji sangat banyak pertumpahan darah yang berlaku dan kebanyakannya berlaku berpunca daripada pertelingkahan politik dan mazhab sambil tidak nafikan ada juga yang berlaku akibat kemalangan.Tapi secara umumnya banyak pertumpahan darah adalah berpunca daripada fitnah golongan Syiah.

Berikut disertakan sebahagian kronologi sejarah hitam yang pernah dicatatkan ketika musim Haji di Makkah yang dinakalkan oleh Syeikh Muqbil rahimahullah daripada Kitab Al-'Aqdu At-Tsamin fi Taarikh Al-Baladil Amin oleh Imam Taqiyuddin Muhammad bin Ahmad Al-Hasani Al-Fasi Al-Makki:

1.Tahun 199 Hijrah: Manusia berwukuf di Arafah tanpa Imam dan mereka solat tanpa disertai khutbah disebabkan gabenor Makkah ketika itu melarikan diri daripada Husain Al-Aftas Al-'Alawi.

2.Tahun 291 Hijrah: Pada tahun ini jemaah haji tidak berwukuf di Arafah, tidak wukuf sama ada pada waktu siang atau malamnya.Hal ini selepas ketibaan Ismail bin Yusuf Al-Alawi (seorang Syiah) yang membunuh dan menyalib lebih kurang 1100 orang jemaah haji menuebabkan manusia melarikan di ke Makkah.

3.Tahun 295 Hijrah: Berlaku pertempuran di Mina antara tentera(Abbasi) dan 'Ajj bin Haaj, Gabenor Makkah kerana mereka memintanya agar berbaiah kepada Khalifah Al-Muqtadir, ramai di kalangan Jemaah Haji yang terbunuh dan ramai juga yang melarikan diri ke Bustan Ibnu 'Amir.

4.Tahun 317 Hijrah: Abu Tahir Al-Qaramithi (pemimpin Syiah Qaramithah) tiba di Makkah, lantas dia melampaui batas dengan membunuh para jemaah Haji, menawan mereka dan melanggar kehormatan Kaabah. Lebih kurang 1700 orang jemaah haji yang dibunuh dalam keadaan mereka berpaut di kelambu Kaabah, lebih kurang 30 000 penduduk Makkah dan jemaah Haji dari pelbagai wilayah termasuk Maghribi dan Khurasan dibunuh dipintu-pintu kota dan jalanan Makkah. Mereka juga mencabut Hajarul Aswad dari Kaabah dan membawa bersama mereka,akibatnya hampir 22 tahun Hajarul Aswad tiada disisi Kaabah. Hal ini menyebabkan beberapa tahun selepas itu jemaah haji dari Iraq membatalkan ibadat haji akibat kezaliman tersebut.

5.Tahun 341H: Berlaku pertempuran antara pengikut Taghj dan orang-orang Iraq (Syiah) akibat isu khutbah di Makkah.

6.Tahun 343H:Mu'iz Daulah(Menteri Abbasi yang berfahaman Syiah) menyampaikan khutbahnya di Makkah dan Hijjaz begitu juga anaknya Bakhtiar, disebutkan juga pada tahun ini mereka menghalang pengikut Al-Akhsyid solat di Mina begitu juga pengikut Al-Akhsyid menghalang pengikut Mu'iz Daulah untuk tawaf di Makkah.

7.Tahun 414H: Jemaah Haji dibunuh dan disamun di Makkah, puncanya sebahagian daripada kelompok mulhid memukul-mukul hajarul aswad dengan senjata mereka lantas berlaku huru hara, sesiapa yang melawan mereka dibunuh dan dibakar.

8.Tahun 539H: Jemaah Haji dari Iraq disamun ketika mereka sedang solat dan bertawaf di Masjidil Haram akibat daripada pergaduhan dan kekerasan antara ketua rombongan Haji Iraq dan gabenor Makkah Hasyim bin Fulaitah.

9.Tahun 575H: Lebih seribu ekor unta milik jemaah haji dari Iraq dirampas oleh penduduk Makkah rentetan daripada permusuhan sebelumnya antara kedua-dua pihak yang menyaksikan jemaah haji dari Iraq terpaksa menangguhkan ibadat haji mereka.

10.Tahun 581H: Lebih kurang 34 orang jemaah haji maut di Kaabah akibat kesesakan dan rempuhan yang teruk.

11.Tahun 583H: Berlaku pertempuran antara jemaah haji dari Syam dan Iraq pada hari di Arafah yang menyaksikan jemaah haji dari Iraq menawan jemaah dari Syam dan mereka membunuh dan merampas harta-harta.

12.Tahun 608H: Berlaku rompakan besar-besaran di Mina dan di Makkah,ia berlaku antara penduduk Makkah dan Iraq.

13.Tahun 617H: Jemaah haji terkorban di Mas'a(tempat Sai') akibat kesesakan yang teruk.

14.Tahun 777H: Lebih kurang 80 orang maut akibat kesesakan dan rempuhan di Bab Umrah ketika jemaah haji ingin keluar daripada Masjidil Haram.

15.Tahun 743H: Berlaku pertempuran antara jemaah haji dan penduduk Makkah di Arafah, tahun tersebut digelar tahun kegelapan akibat fitnah tersebut.

16. Tahun 797H: Berlaku pergaduhan antara penduduk Makkah dan jemaah haji di Masjidil Haram pada hari Tarwiyyah(8 Zulhijjah) yang menimbulkan fitnah yang dahsyat menyaksikan banyak harta dirompak. Akibatnya kesemua jemaah haji melakukan nafar awal.

17. Tahun 803H: Tiada seorang pun jemaah Haji dari Syam yang datang melalui jalan yang biasa mereka lalui,akibat penduduk Damsyik yang diseksa dan dibunuh oleh Timurlank daripada Timur.

18. Tahun 1406H: Percubaan 500 orang jemaah Haji Iran menyusup bahan peledak letupan  C4 yang mencapai berat 150kg dalam beg-beg mereka yang akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak keselamatan Arab Saudi di Jeddah, jenis bahan peledak tersebut hanya dimiliki oleh tentera.


Begitu juga pada era moden ini,dicatatkan banyak juga bererlaku kekacauan di Tanah Haram antaranya fitnah Juhaiman yang mendakwa dia ialah Al-Mahdi yang menyaksikan berlaku tawanan dan pengepungan di Masjidil Haram, begitu juga fitnah yang didalangi oleh orang-orang Syiah Rafidhah dari Iran iaitu pengikut-pengikut Khomeini, mereka sering melakukan demonstrasi dengan menjerit serta melaung-laungkan slogan Syiah di Tanah Haram, tujuannya tidak lain melainkan untuk menimbulkan fitnah dan kekacauan.

Semoga pertolongan dan perlindungan Allah sentiasa bersama pemerintah Arab Saudi dan pasukan keselamatannya serta semua kaum muslimin.


Sumber: Al-Ilhad Al-Khomeini fi Ardh Al-Haramain oleh Syeikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i rahimahullah

[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments