Hukum Memakan Sembelihan Ahli Kitab Atau Kosher

OLEH: Saufy Jauhary





Sembelihan Ahli Kitab adalah halal bagi umat Islam untuk memakannya selagi disebutkan nama Allah dalam sembelihan tersebut.

Firman Allah SWT:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ
"Diharamkan bagi kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah." 
(al-Maidah ayat 3)

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّباتُ وَ طَعامُ الَّذينَ أُوتُوا الْكِتابَ حِلٌّ لَكُمْ وَ طَعامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ
"Pada hari ini dihalalkan bagi kamu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang yang diberi kitab (Yahudi dan Nasrani) itu halal bagi kamu dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka." 
(al-Maidah ayat 5)

Siapa ahli kitab?

Orang yang beragama Ahli Kitab tidak lepas dari 3 keadaan:

1) Kedua orang tuanya adalah Ahli Kitab.

2) Kedua orang tuanya bukan Ahli Kitab.

3) Salah satu orang tuanya adalah Ahli Kitab.

Keadaan pertama tidak ada perselisihan akan kehalalannya. sedangkan pada keadaan kedua terdapat perbezaan pendapat.

Menurut Hanafiyah dan Malikiyah sembelihan ketiga2 golongan di atas adalah halal kerana yang dilihat adalah agamanya ketika disembelih bukan keturunannya. manakala bagi Syafi'iyyah dan Hanabilah adalah diharamkan.

Bagi keadaan ketiga pula, dalam mazhab syafi'i dilihat dalam 2 keadaan. jika bapanya bukan Ahli Kitab tetapi ibunya Ahli Kitab, maka sembelihannya haram. Namun jika bapanya sahaja yang Ahli Kitab maka ada 2 pendapat iaitu halal dan haram.

Bagi Hanabilah pula ada 2 riwayat iaitu halal sembelihannya. Manakala riwayat kedua sembelihan tersebut tidak halal tanpa perincian antara ayah dan ibu.

Tarjih dari Syeikh Soleh al-Fawzan hafizhahullah:

Sembelihan Ahli Kitab adalah halal secara mutlak baik kedua orang tuanya adalah Ahli Kitab, atau salah satunya , atau kedua-duanya bukan Ahli Kitab kerana yang menjadi dasarnya adalah agama penyembelih tersebut bukan nasabnya.

___________________________
~Saufy Jauhary~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments