Perbanyaklah Selawat Kepada Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam Terutama Pada Hari Jumaat

OLEH: Ustaz Ahmad Hasyimi
.
Perbanyakkan SELAWAT keatas baginda setiap masa terutamanya pada hari Jumaat kerana Baginda Sallallahu'Alaihi Wasallam bersabda :

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ عَلَيْهِ السَّلَام ، وَفِيهِ قُبِضَ ، وَفِيهِ النَّفْخَةُ ، وَفِيهِ الصَّعْقَةُ ، فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ
Maksudnya : Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah hari Jumaat, pada hari itulah terciptanya Adam 'Alaihissalam, dan dicabut nyawanya. Pada hari itu juga bakal ditiup sangkakala dan matinya kesemua makhluk. Maka perbanyakkanlah SELAWAT keatasku, sesungguhnya SELAWAT-SELAWAT kalian akan disampaikan kepadaku.
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Mudah-mudahan kita tergolong dalam umat Baginda yang diutamakan pada hari kiamat nanti sepertimana sabda Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud Radhiyallahu 'Anhu :

إن أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة
Maksudnya : Sesungguhnya manusia yang paling utama bagiku hari kiamat nanti adalah mereka yang paling banyak berSELAWAT keatasku.
(Hadis Hasan Riwayat At-Tirmidzi)

Dah berapa kali?

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!



___________________________
~Ustaz Ahmad Hasyimi~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments