Nama Sebenar Abu Bakar Al-Siddiq dan Abu Hurairah

OLEH: Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi

Semua kenal Abu Bakar al-Siddiq radiallahuanhu, Sahabat yang paling rapat dengan Nabi ﷺ dan khalifah pertama umat Islam, di samping Abu Hurairah radiallahuanhu, Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi ﷺ.

Tetapi ramai mungkin menyangka bahawa kedua-dua nama Abu Bakar al-Siddiq dan Abu Hurairah ialah nama sebenar mereka.

Jawapannya tidak, sebaliknya itu ialah nama kun’yah (gelaran) mereka.
Sedangkan nama sebenar Abu Bakar al-Siddiq ialah Abdullah bin Uthman manakala Abu Hurairah ialah Abdul Rahman bin Sakhr.

Semoga Allah meredai kita dan kedua-dua mereka serta sekalian para Sahabat.

RUJUKAN
Usud al-Ghabah oleh Ibnu al-Athir




[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments