Kenapa Saidina Uthman Al-Affan Dikira Sebagai Ahli Badar Sedangkan Baginda Tidak Menyertainya?

OLEH: Ustaz Abu Mu'aaz Munir Azizan


Tahukah anda kenapa Uthman bin Affan radiAllahu'anhu tidak menyertai Perang Badar tetapi Nabi sollAllahu'alaihiwassalam memasukkan beliau dalam senarai ahli Badar serta diberikan kepada beliau harta rampasan Perang Badar?

Dan, tahukah anda Uthman bin Affan juga tidak menyertai Baiah Ar-Ridhuan tetapi masih dianggap sebagai ahli Baiah Ar-Ridhuan?

Kenapa?

Perkara-perkara di atas ni merupakan modal puak sesat Syiah Rafidah memperlekehkan salah seorang sahabat Nabi yang paling utama ni.

Jadi apa jawapan kepada 2 soalan not so trivial ni?

Mula-mula sekali sebab apa Uthman tak sertai Perang Badar?

Sebab, waktu Perang Badar tu Uthman terpaksa jaga isteri beliau yang sedang sakit.

Isteri beliau bukan calang-calang orang...

Isteri beliau adalah salah seorang puteri Nabi! (Ruqayyah Bint Muhammad).

Ya, Uthman merupakan menantu Nabi...

Bukan sekali jadi menantu Nabi, tapi 2 kali.

Setelah kewafatan Ruqayyah, Uthman mengahwini Ummu Kalthum Bint Muhammad.

Ironinya, puak-puak Syiah ni hina orang yang sanggup menjaga Ahli Bait yang sedang sakit dan diberikan penghormatan oleh Nabi sendiri sebagai salah seorang ahli Badar.

Padahal Syiah ni mengaku sangat champion mengangkat Ahli Bait.



Ok... Macam pulak dengan Baiah Ar-Ridhuan?

Baiah Ar-Ridhuan ni adalah perjanjian taat setia dalam kalangan 1400 sahabat Nabi dengan Nabi.

Baiah Ar-Ridhuan ni membawa kepada perjanjian Hudaibiyyah.

Pada tahun 6 Hijrah, Nabi bersama-sama para sahabat berangkat ke Mekah dari Madinah untuk menunaikan Umrah.

Tetapi puak kafir Quraish menghalang rombongan Nabi daripada memasuki Mekah.

Lalu Nabi mengutuskan Uthman sebagai wakil untuk berbincang dengan kafir Quraish.

Namun Uthman tersekat agak lama di dalam kota Mekah.

Sehingga timbul perkhabaran bahawa Uthman telah dibunuh!

Maka Baiah Ar-Ridhuan dijalankan - rombongan yang pada asalnya datang dengan aman kini bersedia untuk menuntut bela atas (sangkaan) kematian Uthman.

Ya, Baiah Ar-Ridhuan sebenarnya bertujuan untuk membalas dendam kematian Uthman.

Sebab tu la Uthman dianggap sebagai ahli Baiah Ar-Ridhuan sekali pun dia tidak sama-sama berbaiah dengan Nabi di bawah pohon samurah di Hudaibiyyah.

Melihat kesatuan para sahabat Nabi, kafir Quraish bersetuju untuk mengadakan perjanjian damai iaitu perjanjian Hudaibiyyah dan Uthman sebenarnya tidak dibunuh.

Bagaimana insan yang mulia, yang mana 1400 orang sahabat bersama Nabi sanggup nak balas dendam ni dengan mudah dihina oleh puak Syiah?

Malah, betapa istimewanya peristiwa Baiah Ar-Ridhuan ni sehingga Allah subhanahu wata'ala firmankan dalam Ayat 18 Surah Al-Fath (48):

لَّقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.
.
WaALLAHu'alam.


___________________________
~Ustaz Abu Mu'aaz Munir Azizan~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments