OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman
Membunuh nyamuk ketika solat diharuskan lebih-lebih lagi jika ia mengganggu khusyuk. Bahkan boleh jadi wajib.
Pandangan yang kuat tentang darah yang keluar dari tubuh badan adalah ia tidak membatalkan wuduk kerana tiada dalil jelas yang menunjukkan demikian.
Bahkan dalam peristiwa Sahabat yang ditusuk tombak ketika dia sedang solat malam lalu Nabi tidak berkata apa-apa menjadi hujah bahawa darah yang keluar dari tubuh badan tidak najis dan tidak membatalkan wuduk.
Demikian juga pergerakan tambahan dalam solat seperti untuk membunuh nyamuk dan sebagainya, ia diharuskan jika ada keperluan dan tidak merosakkan solat sama sekali. Bahkan boleh jadi wajib demi memastikan kekhusyukan solat.
Barakallahu fikum.
___________________________
~Ustaz Idris Bin Sulaiman~
Pendakwah Bebas
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment