Mendengarkan Nasyid Kepada Anak-Anak Bukanlah Kaedah Terbaik

OLEH: Abu Najla' Fariz Zainal



Anak-anak kecil kebiasaannya mempunyai keupayaan ingatan yang cepat dan kuat. Apa sahaja yang mereka lihat dan dengar di sekeliling mereka sama ada daripada ibu bapa, saudara-mara, kawan-kawan, guru dan pengasuh, apatah lagi media visual di televisyen ataupun telefon akan cepat diserap.

Khususnya jika input yang hadir itu dalam bentuk yang merangsang indera yang pelbagai - mata, telinga, gerak tubuh badan. Maka kita lihat kanak-kanak ramai yang tertarik dengan penyampaian berlagu, berirama, dan mereka cepat me"nangkap"nya. Kadang kala mereka tidak faham pun apa yang dihafal, namun datanglah apa jua bahasa, ia akan melekat di minda.

Ibu bapa yang prihatin dengan keperluan menyediakan persekitaran yang baik dan patuh Syariah bagi anak-anak, selalunya sejak awal diperdengarkan bacaan Al Quran dari qari yang pelbagai.

Ada yang memilih nasyid-nasyid sebagai pengisian.

Namun memandangkan nasyid masa kini dicemari muzik dan tidak jauh beza dengan lagu-lagu pop, maka ibu bapa mesti menyediakan pilihan lain.

Sebagai tambahan kepada alunan bacaan Al Quran, boleh juga diperdengarkan Nazm2/Syair2 asas aqidah Salaf. Intisari matan-matan aqidah yang penting, dipersembahkan dalam bentuk yang lebih mudah dihafal. Ia pilihan lebih baik dari nasyid-nasyid bermuzik (yang seharusnya ditinggalkan terus).

Antara yang boleh didengari, diulang-ulang, dihafal dan kemudiannya dipelajari jika mungkin ialah:

1) Manzhumat al-Aqidah lil-Atfal

2) Nazm Ta'lim as-Sibyan at-Tauhid (syair kepada matan asal oleh Sheikh Muhammad Abdul Wahhab)

3) Nazm Shurut La Ilaha Illallah (syair syarat-syarat kalimah Tauhid dan dalilnya)

4) Nazm Nawaqidh al-Islam (oleh Sheikh Zaid Madkhali juga oleh Sheikh Dr Soleh Usoimi menazamkan matan Nawaqidh al-Islam)

5) Nazm al-Qaridh al-Mubda' (oleh Sheikh Dr Soleh Usoimi, menazamkan Qawaid Arba')

6) Manzhumat Israj al-Khuyul (oleh Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr Su'ud Shuraim, menazamkan Tsalatsatul Usul dan Qawaid Arba')

Apabila telah biasa dengan syair-syair mudah di atas, tiada masalah dengan izin Allah untuk mempelajari syair-syair Salaf berkenaan aqidah.

Semoga ia menjadi jalan selepas kalam Allah dan sabda Nabi, untuk anak-anak kita mempelajari agama dan mencintai bahasa Arab. Sekurang-kurangnya kita berusaha menyiapkan anak-anak dengan isi kandungan aqidah buat bekalan dunia akhirah, berbanding lirik-lirik cinta monyet dan nafsu syahwah.


___________________________
~Ustaz Abu Najla' Fariz Zainal~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments