Nabi Pernah Kena Scam Dengan Yahudi?

OLEH: Ustaz Abu Mu'aaz Munir Azizan

Pada suatu hari... Beberapa orang terkemuka Yahudi seperti Ka'b ibnu Asad, Ibnu Saluba, Abdullah ibnu Suria, dan Syas ibnu Qais - merancang untuk menyesatkan Nabi Muhammad sollAllahu'alaihiwassalam daripada agama Islam.

Apa rancangan jahat Yahudi ni?

Jom kita tengok perjumpaan mereka dengan Nabi Muhammad.

Mereka pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad dan memperkenalkan diri mereka sebagai rahib-rahib Yahudi, orang terhormat Yahudi dan orang terkemuka Yahudi.

Mereka mengangkat diri mereka dengan menyatakan bahawa jika mereka mengikut ajaran Nabi Muhammad, nescaya kaum Yahudi juga akan mengikut Nabi Muhammad dan tidak akan bantah kepada mereka.

Kiranya mereka ini influencers hebat kaum Yahudi la pada zaman tu.

Setakat ini tawaran mereka nampak menarik.

What's the catch?

Ok, ini 'catch' mereka...

Mereka menyatakan bahawa mereka sedang berselisih dengan kaum mereka...

Dan mereka mahu Nabi Muhammad yang jadi hakim dalam perselisihan ini.

Even better kan?

Tapi... Bangsawan Yahudi ni meneruskan bicara...

Mereka suruh Nabi Muhammad memenangkan mereka dengan balasan, mereka akan beriman kepada Nabi Muhammad dan membenarkan ajaran Nabi Muhammad 🤦‍♂️

Nampak tak?

Bangsawan Yahudi ni nak jadikan Nabi Muhammad ni boneka mereka!

Tapi Nabi Muhammad yang hidup berpaksikan wahyu, bukan hawa nafsu...

Tak terpedaya dengan scam Yahudi ni... Nabi Muhammad tolak tawaran pelik tu.


Menurut Imam Ibnu Katsir rahimahullah dalam kitab tafsir beliau...

Allah Subhanahu Ta'ala menurunkan firmanNya berdasarkan peristiwa ini iaitu Ayat 49 & 50 dalam Surah Al-Maaidah (5).

(Sila buka sendiri Al-Quran untuk baca 2 Ayat ni).
.
Surah Al-Maaidah, Ayat 49:

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Surah Al-Maaidah, Ayat 50:

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.


Lihat bagaimana Nabi Muhammad menolak untuk berhukum dengan hukum yang telah ditetapkan oleh Yahudi.

Sekali pun dijanjikan dengan tawaran yang sangat lumayan.

Sepatutnya kita sebagai orang Islam mencontohi sikap Nabi kita ni.

Bukan kita reda kepada hukum kafir untuk mendapat habuan dunia.

Eh, sekejap... Jom tengok balik...

Nabi Muhammad tolak tawaran untuk jatuhkan hukum kepada kaum Yahudi dengan hukuman yang ditetapkan oleh Yahudi juga.

Macam mana kita umat Islam sekarang ni boleh pulak serah leher kita untuk 'diadili' oleh orang kafir dengan undang-undang mereka?

Lagi la tak patut kan?

Oh, satu lagi... Ingat tak apa tujuan asal pembesar Yahudi ni nak scam Nabi kita supaya berhukum dengan hukuman mereka?

Mereka nak sesatkan Nabi kita!

Paling penting sekali, ada larangan khusus daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Baca balik Ayat 49 & 50 Surah Al-Maaidah (5) tu.
.
WaALLAHu'alam.

___________________________
~Ustaz Abu Mu'aaz Munir Azizan~
Unit Asatizah
_____________________________
.


.
.
P. S. - Baca juga Ayat 48 dalam Surah Al-Maaidah (5)...
.
Tengok apa benda yang Allah firmankan sebagai ujian kepada kita semua.

Comments